Duta...Penaku Berkata
inna maal usri yusraa`
Followers
Friday, September 7, 2012
aku sayang Jalur Gemilang..
kisah pemijak gambar..
Malah tindakan itu kurang disenangi bukan sahaja dlm kalangan pemimpin BN/UMNO. Tuan Guru Nik Aziz juga kurang senang dengan tindakan sedemikian. Wahai anak muda sila berfikiran waras!! Jika masih kurang pandai sila berfikir dahulu sewarasnya. Andai tidak suka Dato Najib dan rakan2, nah tunggu sahaja PRU. Ubah!! Bukannya terpekik, terlolong berhimpun sana-sini. Sekali dua boleh diterima main banyak2, org pun jemu. Serentak dgn itu tergelak juga melihat berpuluh NGO tumbuh bak cendawan selepas hujan. Buat laporan. “eh ini anak muda biadab!! Pakatanlah yg ajar”.
Suara yg akan dimainkan berulang2 di TV keramat arus perdana. Padahal gambar Tuang Guru, Nik Aziz yg didakwa dikencing sepi sahaja tidak dipublisitikan. Bukan dua2nya satu tindakan sama? Sama2 penghinaan? Adakah sebab seorang PM dan seorang MB dari pakatan tindakan media, polis, dan seluruh alam berbeda? Media arus perdana, sila membicarakan berita lebih adil!!
Tidak semua yg kita rasakan betul itu memang betul dan tidak semua yang kita rasakan salah itu salah. Sekadar aku menulis apa yg terpahat dlm intaian kaca mata kecilku dari sisi mahasiswa.
Tuesday, August 28, 2012
oh janji ditepati...
Saturday, August 25, 2012
Jauh ramdhan pergi..
Friday, October 28, 2011
meRajuk DgnTuhan..
Merajuk dengan Tuhan
Salam..sebenarnya ramai antara kita tanpa sedar@ tidak merajuk dgn Tuhan. Bila apa yg kita pohon dan minta tak dimakbulkan, kita merajuk dgn Tuhan. Bila kita mengharap itu dan ini, kita merajuk jauh dari Tuhan. Sbg contoh, pernah kita dgr dialog, aku ini sudah kotor, jauh dah..biar aku terus dgn hidup aku..Soalnya mudah apa yg kita dpt dgn merajuk dgn Allah? Allah tetap memberi rezeki kpd kita..Malah Allah xpernah terkesan dgn rajukkan kita, khilaf lagi hina seorag hamba.. Kenapa kita merasa kasih sayang kekasih,..Merasa kasih sayang org yg dicintai anda lebih besar dari kasih sayang Allah..Jawapanya mudah, kerana kita memang belum pernah memiliki nikmat rasa kasih dan cinta dgn Allah…
Ramai yg merajuk dgn Allah pergi lebih jauh dari Allah..lebih jauh.. Apa yg dpt? Jauh dikau berlari, terbang jauh..kau tetap diatas bumi dan di bawah langit milik Allah. Cuba kau merajuk dgn meninggalkan solat, puasa, ..Apa yg dpt? Bangga dgn manusia, “Ya aku xsolat,aku xpuasa, hebatkan aku”..”Aku solat pun bukan jadi pandai” Apa yg dpt? Puaskah? Tenangkah?..Jiwa xkan pernah tenang..
Semoga Allah memaafkan segala kesalahan kita..Kasih Sayang dan Ampunan Allah sgt besar…Jgn pernah merajuk dgn Tuhan, Tuhan itu sentiasa ada bersama kita..
_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://e.exps.me
Friday, September 9, 2011
MEREKA TENTERA YG PONDAN !!!
Apa fungsinya PBB??? Sekadar kuda tunggangan Israel. Rata-rata Negara-negara blok barat juga merasa gerun bila mendengar nama Israel. Apa yg hebat sgt pada tentera yg dayus ini? Kenapa dayus? Ya bukanlah mereka tentera yg berani, menyerang kanak-kanak, menyerang orang tua, menyerang kediaman awam, merobohkan penempatan awam, menyerang sekelompok kanak-kanak yg bersenjata batu kerikil..mereka punya senjata automatic..Adakah ini dipanggil tentera? Tidak..mereka adalah tentera pondan yg hina, dayus. Ingin sekali aku bertanya..adakah tentera Israel ini lelaki? Tapi jawapanya sudah Nampak, mmg mereka tentera yg pondan. Aku hairan bila mana org amat hormat pada Negara yg biadap ini. Jika kita menyesuluri sejarah tidak pernah sedikit pun tercatit kedamaian dibumi Palestine khususnya dan dunia umumnya sejak pendudukan mereka.
Begitu juga aku hairan pada negara2 arab. Kononya kaya2.Harta limpah melimpah..tapi tetap takut pada tentera yg pondan ini. KEnapa mesti takut? Oh lupa pasti rugi, mereka jua ada pelabur,saham dan lain2. Palestine itu Negara lain apa aku peduli. Inilah semangat nasionalisme berasaskan bangsa negara yg diwujudkan barat telah meresap sebati dlm pemikiran poltik sekarang. Sekarang dunia telah dibentuk, walaupun kekejaman melawan naluri fitrah kemanusiaan, ia tetap akan dipuja kerana mereka punya kuasa.Namun suatu masa tentera pondan ini akan tumbang juga.
Thursday, September 1, 2011
Pejuang V Penderhaka : Mat Sabu
Pakistan, pagi satu syawal, 2011. Sebuah bom meletup berhampiran masjid slpas slat sunat hari raya. Beberapa org terkorban termasuk kanak2 dan wanita. Tiada pihak yg mengatakan bertanggungjwb. Ini hanya secebis kisah dari ratusan kisah sepi dan sedih melanda mereka. Kita? Pernah kita meletakkan walau sesaat diri kita di tempat mereka? Inilah nikmat keamanan dan kemerdekaan yg kita kecapi. Sehingga dlm hidup kita tiada masa utk kita menangis. Nikmat ini sungguh besar jua kurnianya kepada kita. Terbaru isu yg timbul peristiwa bukit Kepong. Banyak pihak terguris hati dgn pandangan Mat Sabu dlm hal ini. Tidak aku menafikan golongan melayu yg berjuang dlm usaha kemerdekaan dari gollongan kiri juga antara yg menyumbang, namun tidak tercatit dlm sejarah arca sejarah kita nama mereka.
Namun bukan itu alasan kita utk memalitkan bahwa pejuang yg bersama British bukan seorang pejuang. Tidak semudah itu Mat Sabu. Mereka tetap digelar pejuang. Tunku Abdul Rahman bersama tokoh yg lain berusaha utk mewujudkan Negara ini. Mereka tetap memerah keringat berjuang sama ada sebelum atau selepas merdeka. Ya mereka tetap pejuang!
Mungkin, pejuang dari golongan kiri jua sama inginn menuntut kemerdekaan namun utk menidakkan jasa spt Pahlawan Bukit Kepong memang sesuatu yg tidak dpt diterima.Jgn terlalu leka berpolitik, berkata-kata jgn lupa, terlajak perahu bollehkan undur terlajak kata tak mungkinkan undur. Benar, mempertahankan kemerdekaan jauh lebih sukar dari mendapatkan kemerdekaan. Mungkin Mat Sabu tersilap langkah, cuba membetulkan benang yg basah. Jgnlah kerna bedaan politik jasa seseorang itu dibuang terus. Walau kita berbeda ideology politik, kita mesti tetap sama, pertahankan kemerdekaan, kerana hanya itu kunci kpd sebuah keamanan- Selamat Hari Merdeka, Malaysia.