Followers

Tuesday, February 15, 2011

Pemecatan Tun Salleh Abas.. luka semalam Sistem Perundangan Negara


Tun Salleh Abbas di lantik sebagai Peguamcara Negara pada tahun 1963.

Semasa berumur 50, beliau dilantik sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan.
Ketua Hakim Negara Tun Suffian Hashim bersara pada tahun 1982 and beliau telah digantikan oleh Raja Azlan Shah. Raja Azlan kemudiannya dilantik sebagai Sultan Perak dua tahun kemudia. Tun Salleh kemudiannya dilantik sebagai Ketua Hakim Negara pada tahun 1984.

In 1987, pemilihan Agung Umno telah dijalankandan Tengku Razaleigh Hamzah telah mencabar Presiden Umno /Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad (sekarang Tun) sebagai Presiden. Beliau dijangkakan akan memenangi pertandingan tersebut. Begaimanapun, Dr Mahathir telah menang dan mengekalkan jawatan tersebut.



Kalangan penyokong Tengku Razaleigh tidak berpuas hati dengan kekalahan tersebut. Mereka membawanya ke Mahkamah untuk mendapatkan perintah bagi pemilihan semula.Mereka juga menuntut agar tuduhan tidak berasas tersebut dihentikan.

Pada masa yang sama, Tun Salleh telah menegaskan dalam satu kenyataan umum berkenaan dengan hasrat untuk mempertahan kebebasan badan kehakiman. Beliau telah menganjurkan persidangan yang dihadiri oleh kesemua 20 orang hakim Mahkamah Persekutuan di Kuala Lumpur,yang mana antara lain memutuskan untuk menghantar sekeping surat kepada Agung untuk menyatakan kekesalan para hakim terhadap ucapan mengkritik dibuat oleh Perdana Menteri berkaitan badan kehakiman dalam majalah Time.

Antara petikan kritikan Mahathir adalah, Badan kehakiman berkata, ' Walaupun kamu meluluskan undang-undang dengan menimbangkan sesuatu, kami berfikir bahawa fikiran kamu adalah salah, dam kami hendak memberikan tafsiran sendiri.' Kalau kita tidak bersetuju, Mahkamah-mahkamah akan berkata, 'Kami akan mentafsirkan pertentangan pendapat kamu.' Kalau kami [kerajaan dan mengikut, kami akan hilang kuasa perundangan." Mahathir juga mengecam "kambing hitam [hakim]... yang hendak... kebebasan yang keterlaluan," dan menuduh mereka kerana bermuka-muka.



Dua bulan kemudian,Tun Salleh telah digantung jawatan dan Hakim Besar Malaya ketika itu Tan Sri Abdul Hamid Omar telah dilantik memangku jawatan Ketua Hakim Negara. Tun Salleh kemudiannya dituduh dihadapan satu tribunal khas dengan tuduhan salahlaku.


Apa salah laku Tun Salleh Abas??? Sebab tegakkan iman seorang kanak-kanak Islam?
Dalam kes Suzie Teoh, seorang budak perempuan dari Kelantan umur 16 Tahun telah peluk Islam atas kerelaan sendiri. Bapa dia tak suka, lepas tu saman anak sendiri dan saman Majlis Agama Islam Negeri Kelantan, heret anak dia ke mahkamah persekutuan. Dia mohon pada makamah, agar istiharkan anak dia masuk Islam tak sah.



Masa tu, Tun Salleh Abas yang jadi hakim. Beliau seorang yang alim dan warak. Bila dihadapkan dengan kes Suzie Teoh, menangis Tun Salleh Abas. Terpaksa buat perisytiharan. 'Dibawah Perlembagaan Persekutuan, hak seorang anak tertakluk dibawah jagaan ibubapanya selagi belum cukup 18 tahun. Kalau nak tukar agama, kena minta kebenaran ibu bapanya. Semasa Suzie Teoh masuk Islam, berumur 16 tahun. dia tak sah peluk Islam.' Atas kearifan dan iman Tun Salleh Abas, dia simpan fail tu dalam lacinya selama 2 tahun. 2 tahun kemudian, lepas hari jadi Suzie Teoh yang ke 18 tahun, dia buka balik kes itu dan bagi peluang Suzie isytiharkan agamanya sendiri. Penuh mahkamah nak tahu kes tu; wartawan tempatan, wartawan asing semua nak dengar keputusan. Terketar-ketar budak tu. Baru umur 18 tahun.

Sambil menangis, budak tu kata ' Saya yang arif, kekal dalam agama saya, saya masih nak nama Nur Aini.' Maka Tun Salleh Abas pun dengan bangga mengisytiharkan Islamnya sah dengan namanya Nur Aini. Selamat akidah seorang budak. Sebab itu jugalah Tun Salleh Abas kena buang atas 5 tuduhan... Tuduhan kedua atas sebab melengahkan kes seorang budak tanpa sebab selama 2 tahun. Itulah harga yang Tun Salleh Abas terpaksa bayar.


Sambung citer pemecatanya...

Pada masa yang sama, Tun Salleh telah menfailkan tindakan di Mahkamah Tinggi mempertikaikan keesahan tribunal tersebut di bawah perlembagaan persekutuan. Beliau juga menuntut agar tribunal digantung. Malangnya, tuntutan-tuntutan tersebut ditolak.

Lima orang hakim Mahkamah Agung yang bersidang kemudiannya telah memperkenakan permohonan Tun Salleh untuk mendapatkan penggantungan ke atas tribunal.



Kelima-lima Hakim Mahkamah Persekutuan yang membenarkan Permohonan Penggantungan Tribunal Tun Salleh – Tan Sri Azmi Kamaruddin, Tan Sri Eusoffe Abdoolcader, Tan Sri Wan Hamzah Mohamed Salleh, Wan Suleiman Pawan Teh and Datuk George Seah – digantung jawatan. Kena gantung lagi?? Teruk sangat Sistem Perundangan dilanyak masa tuh..Atas nak jaga politik..

Pada bulan Oktober 1988, Wan Sulaiman dan Seah telah dipecat manakala tiga yang lain dikembalikan kejawatan masing-masing.

Dalam ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, pada malam 17 April 2008 anjuran Majlis Peguam Malaysia di hadapan lebih kurang 600 orang, mengumumkan pembayaran ex-gratia kepada Tun Salleh Abas dan lima orang lagi hakim yang terlibat secara langsung dalam kes 20 tahun lalu iaitu: Datuk George Seah, Tan Sri Wan Suleiman Pawanteh, Allahyarham Tan Sri Eusoffe Abdul Kader, Tan Sri Azmi Kamaruddin dan Tan Sri Hamzah.

Dalam ucapannya, Perdana Menteri menyentuh:

  • Mengenai hakim-hakim yang dipecat dan digantung pada 1988:

For me and for many other Malaysians, these towering judicial personalities represent a very different era for the nation's judiciary. Many felt that the judiciary then was a venerable institution which could be trusted to deliver justice. Some even hailed Malaysia's judiciary as a model for other countries – independent and credible.


"Bagi saya dan ramai lagi orang Malaysia, personaliti-personaliti tertinggi badan kehakiman ini mewakili era berbeza bagi badan kehakiman negara. Ramai yang merasakan badan kehakiman pada masa itu adalah institusi dihormati yang boleh dipercayai untuk menjalankan keadilan. Sesetengah mereka menyanjung tinggi badan kehakiman Malaysia sebagai model kepada negara lain - bebas dan boleh dipercayai."

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...