Followers

Tuesday, March 1, 2011

Mengenali Perlembagaan...Hak Kebebasan Bersuara..




Salam..utk entri kali ni..moh la kita sama selidiki perlembagaan negara kita Malaysia..mengikut sejarahnya,Pada Mac 1956 satu Suruhanjaya Perlembagaan diketuai Lord Reid telah ditubuhkan untuk merangka dan meneliti Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Suruhanjaya tersebut telah mendapatkan pandangan parti-parti politik, persatuan-persatuan bukan politik dan individu tentang bentuk negara dan bangsa bagi negara ini. Dalam proses rundingcara itu, satu memorandum daripada parti Perikatan telah mendapat keutamaan. Perlembagaan yang digubal Suruhanjaya Reid ini diiktiraf Jawatankuasa Kerja sebagai Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu mulai tarikh kemerdekaan negara iaitu pada 31 Ogos 1957.

Memorandum berkenaan, yang disebut sebagai Pakatan Murni, iaitu persetujuan secara bertolak ansur demi kepentingan bersama serta persetujuan menghormati hak-hak orang lain. Perlembagaan yang digubal Suruhanjaya Reid ini diiktiraf Jawatankuasa Kerja sebagai Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu mulai tarikh kemerdekaan negara iaitu pada 31 Ogos 1957.

Utk menganalisis Perlembagaan terlalu luas..so kita tinjau dulu satu Artikel yang selalu menjadi pertikaian umumnya dalam situasi politik negara kita. Artikel 10, iaitu hak kebebasan bersuara, berhimpun dan menubuh persatuan.

1) Tertakluk kepada Fasal (2), (3) dan (4);

(a) tiap-tiap warganegara adalah berhak bebas bercakap dan mengeluarkan fikiran;

(b) semua warganegara adalah berhak berhimpun secara aman dan dengan tidak bersenjata;

(c) semua warganegara adalah berhak menubuhkan persatuan;

(2) Parlimen boleh dengan undang-undang menggunakan:

(a) ke atas hak-hak yang diberi oleh perenggan (a) Fasal (1), apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau mustahak demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, perhubungan persahabatan dengan negeri-negeri lain, ketenteraman awam untuk melindungi keistimewaan-keistimewaan Parlimen atau mana-mana Dewan Negeri atau untuk mengelakkan penghinaan terhadap mahkamah, fitnah, atau perbuatan mengapi-api supaya dilakukan sesuatu kesalahan;

(b) ke atas hak yang diberi oleh perenggan (b) Fasal (1), apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau mustahak demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, atau ketenteraman awam;

(c) ke atas hak yang diberi oleh perenggan (c) Fasal (1), apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau mustahak demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya atau ketenteraman awam atau akhlak.

(3) Sekatan-sekatan ke atas hak menubuhkan persatuan yang diberi oleh perenggan (c) Fasal (1) boleh juga dikenakan oleh mana-mana undang-undang mengenai buruh atau pelajaran.

(4) Pada mengenakan sekatan-sekatan demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya atau ketenteraman awam di bawah Fasal (2) (a), Parlimen boleh meluluskan undang-undang melarang perbuatan mempersoal apa-apa perkara, hak, taraf, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan atau hak kedaulatan yang ditetapkan atau diperlindung oleh peruntukan bahagian 3, Perkara 152, 153 dan 181 berhubung dengan apa-apa jua melainkan berhubung dengan pelaksanaannya sebagaimana yang dinyatakan dalam undang-undang itu.

Jadi secara umumnya jika kita lihat banyak juga kes yang melibatkan pertikaian dalam soal ini. Contohnya hak untuk bersuara, berhimpun dan menubuhkan persatuan. Biasanya berlaku ketika musim pilihanraya. Jadi kita sebagai warganegara seharusnya mengambil tahu berkenaan perlembagaan terlebuh dahulu sebelum mengeluarkan autoritatif sendiri. Umum mengetahui undang2 dan akta lain akan terbatal dgn sendirinya bila mana bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan. Salam perkongsian.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...