Followers

Sunday, May 15, 2011

Pelabuhan Cinta Pena


Salam, mode nak berkarya. Terbaik dari ladang penaku..tertulis ayat sajak yang digabungkan dengan imaginasi sebuah cerpen. Ini pelabuhan cinta pena. Setiap ayat kalam-kalam indah tertera mencipta lukisan indah cerita cinta. Kian lama benar hati terusik pada bait-bait pelangi petang yang suram. Semalam, dia menangis lagi, luluh hati kerana cinta. Air mata yang mengalir bukan dapat menyucikan luka yang dalam pedih, perih itu. Walau segenap hati berbicara, walau sedamai sukma terhadir pada kelam hati yang sepi, meraih sekelumit cinta itu bukan senang di pelabuhan ini. Semalam ia hadir sejenak, mengintai hati kesunyian lalu hilang di balik ketandusan perasaan.


Ini cerita pelabuhan cinta, terkumpul kisah indah dari hati-hati yang setia. Ramai orang di pelabuhan ini, berbicara kisah masing-masing. Aku sekadar penanti di pelabuhan ini, menitip kisah mereka, sekadar di pinggir ini aku berpaut pada hati yang seakan rapuh. Ingin benar aku ungkapkan perasaan itu, namun sayang sukar benar hati membenarkan. Aku bukan insan hebat, sekadar tin-tin kosong dan sehelai daun kering yang di pandang sepi. Ini pelabuhan cinta, aku sekadar pemerhati bukan pelakonnya.


Ini benar memang sebuah kisah benar tentang pelabuhan cinta, kisah yang indah bagi yang pernah merasa dan sepi pada pencari cinta itu. Ini pelabuhan yang selalu aku ingin benar singgahi, saat mentari senja ingin berlabuh, malam menjelma bersama sinar yang redup, pelabuhan itu tetap sepi, pada hati yang masih mencari jauh. Izinkan aku titipkan sekadar sebuah senyuman pada pelabuhan ini pada jejak terakhir aku mengintai pelabuhan ini lagi. Ini pelabuhan indah, sekadar hati ini masih merasa sepi. Esok aku berlayar lagi, yang pasti akan ada pelabuhan cinta yang lain cuma entah bila akan aku labuhkan sauh pada hati itu,.biar aku terus berlayar berharap berlabuh ditempat yang menyambutku..

Wednesday, May 11, 2011

Bendera Kelantan di Bakar? Apa sudah jadi..








Salam..ini mungkin isu lama yang sering berlaku dalam arena bola sepak negara. Standard permainan dan kualiti masih jauh perlu dibaikki tetapi gelagat penyokong amat memualkan.. Isu membakar bendera pernah juga berlaku sebelum ini. Bendera sebenarnya sesuatu yang amat bernilai dan berharga dan ia amat melibatkan maruah. Gelagat penyokong yang memebakar bendera negeri Kelantan benar-benar menaikkan kemarahan penyokong The Red Warriors. Sepatutnya tindakan tidak bertamadun ini tidak harus berlaku.



Bukan bendera negeri Kelantan sahaja malah bendera mana2 negara dan negeri pun adalah Identiti serta maruah yang harus dipandang tinggi. Tindakan ini harus dipandang serius kerana ia menunjukkan nilai sebenar penyokong. Kita juga pernah mendengar kisah bendera jalur gemilang dibakar, inikah nilai semangat kenegaraan yang kita pertahankan. Mungkin ada yang mengatakan bendera hanyalah sekadar sehelai kain yang biasa, dimata tapi ia sebenarnya lebih berharga kerana maruah.



Kepada penyokong bola sepak negara, jangan merencat dan mencacatkan perjalanan pembangunan bola sepak negara atas tindakan yang bodoh dan kurang ajar ini. Sepatutnya mana-mana penyokong harus mempunyai nilai semangat kesukanan dan saling menghormati antara satu sama lain. Tidak kisah anada pasukan Red Warriors, Red Giants, N9, Kedah, Terengganu, kita semua sama dlm Malaysia. Kepada pasukan Kelantan teruskan menjuarai kejayaan, anak watan kelantan memang sentiasa menyokongmu.

Pakistan diludah, Amerika bersorak..






Salam..ketika negara-negara barat dan sekutunya bersorak kegembiraan dengan kematian Osama, dunia seumpama melupakan negara yang didakwa tempat persembunyian pemimpin Al-Qaeda tersebut. Secara rasionalnya kedaulatan negara Pakistan sebenarnya telah diceroboh seperti sampah yang hina atas tindakan unilateral yang dilakukan oleh tentera US. Fakta yang mudah, Pakistan adalah sebuah negara, mengikut undang-undang antarabangsa setiap negara mempunyai hak keatas kedaulatan masing-masing. Malah andai seseorang dari negara asing masuk ke sempadan sesebuah negara lain sudah dilabel menceroboh kedaulatan, inikan pula telah melaksanakan operasi ketenteraan.



Sayangnya atas nama keganasan, tiket untuk kuasa gila dunia ini bisa sahaja meratah negara kerdil mereka berkuasa untuk pergi sahaja kemana pun mereka hendak. Tak keterlaluan untuk mengatakan mereka mungkin merasa seluruh dunia ini milik mereka, negara lain sekadar hamba!! Apabila melihat berita betapa gembiranya warga Amerika dan dunia umumnya gembira dan sehingga mengadakan pesta atas kematian Osama ini terasa seperti suatu penghinaan juga kepada seluruh negara Islam. Malah tindakan tentera US itu dilihat telah membelangkangi undang-undang antarabangsa itu sendiri.




Peristiwa 11 September mmg peristiwa yang amat mengejutkan. Tetapi ia bukan alasan negara kuasa besar gila ini untuk terus bersorak atas nama keamanan. Mereka inilah yang sebenarnya banyak mencipta keganasan dan mereka juga bermegah dengan operasi membanteras keganasan. Analogi seperti seorang mencipta virus dan dia juga meraih keuntungan menjual anti-virus. Kepada umum pembunuhan Obama bukanlah suatu kebanggaan yang harus disambut dgn pesta, cara pembunuhan dan operasi ketenteraan US lebih hina dan keji dan mencalari undang-undang dan hak negara lain.

Tuesday, May 10, 2011

Salahkah menjadi pembangkang???






Salam..sejak akhir-akhir ni banyak post aku lebih menjurus kearah politik. Minat yang mendalam sejak dari kecil untuk menijau situasi politik dari sudut dan perspektif yang berbeza. Bagi aku politik ini subjek yang menarik untuk dikaji kerana ia melibatkan kuasa dan sejarah. Kuasa politiklah yang dapat merubah keadaaan seseutau negara dengan teratur. Pembangkang boleh didefinasikan kelompok politik yang gagal meraih sokongan majoriti untuk membentuk kerajaan. Namun ia tidak semestinya ia tidak mendapat mandat dari rakyat, cuma bilangan kerusi yang dimenangi tidak mamapu untuk membentuk kerajaan.


Pembangkang dalam mana2 pentadbiran negara pun berfungsi sebagai faktor pendesak dan sbg check and balance kpd kerajaan sesebuah negara. Namun ironinya kita lihat fungsi pembangkang sering disalah tafsir sebagai suatu kuasa yang hanya bertujuan menumbangkan kerajaan, Jika kita lihat apa yang berlaku dinegara luar andai kerajaan berubah tiada banyak perubahan yang jelas pada polisi negara kerana ia tetap negara yang sama,rakyat yang sama. Malah walau sebaik mana cadangan yang diberikan ketika di Parlimen, andai ia dari pihak pembangkang sukar untk diterima kerana ideologi berbeza maka sokongan juga sukar untk diraih.



Seharusnya kita melihat dari sudut dan dimensi yang terbuka terhadap mana2 pandangan terhadap sesebuah pentadbiran negara bukan yang menjatuhkan tetapi yang membaiki keadaan. Tidak salah untuk menjadi pembangkang. Malah itulah norma sesebuah negara yang berdemokrasi. Jangan kerana perbezaan politik kita dibuta dengan yang benar dan salah.

Monday, May 9, 2011

Cukuplah isu perkauman..






Salam...dlm mana-mana sejarah negara pun apabila berlaku pertembungan etnik isu perkauman yg selalu menjadi senjata utama untuk menarik undi. Formulanya mudah bila ada satu golongan majoriti dan satu golongan minoriti. Contohnya keadaan di Nigeria, antara Nigeria utara dan Nigeria selatan. Isu perkauman sebenarnya adalah barah yang sangat bhaya jika dimainkan. Malah sesebuah negara dan empayar besar dahulu pun boleh tumbang sekelip mata dengan isu perkauman. Soalnya kita lihat dari sudut dimensi Malaysia, pada pandangan aku kewajaran untuk berjuang atas sifat perkauman juga dilihat suatu yang bertentangan dengan realitisnya kehidupan berbilang bangsa.


Antara sedar atau tidak parti politik sekarang banyak memainkan isu yang mencalari hak tanpa menyedari bahaya akibat. Seorang pensyarah undang-undang pernah berkata padaku, realiti Malaysia hari ini parti politik berasaskan kaum sudah tidak lagi releven. Andai releven hanya untuk menjaga kepentingan,selebihnya bukan penyelesaian jangka panjang. Kerana kita bermula dengan negara bangsa. Malah jika dinilai dari sejarah Dato Onn lebih dahulu melihat perkara ini kedepan dengan melihat penyatuan bangsa.


Cukuplah menjadikan isu perkauman sebagai alat undi. Kemenangan yang kejap dalam pilihanraya tapi menyediakan barah dan luka kepada generasi akan datang. Isu perkauman adalah perkara yang sensitif. Soal sekarang adalah memajukan negara bukan saling bercakaran masing2 menjadi hero dan jaguh masing2 utk sesuatu kaum. Banyak sudah nanah dan darah tumpah dibumi asing kerana isu perkauman. Adakah tiada sedetik pun sekelumit pengaajran yang kita dapat?

Tuesday, May 3, 2011

Airmata bukan semestinya duka




Salam..lama benar pena tidak berkata, mencurah apa yg tertera diminda..Airmata bukan tanda kesedihan andai kita mampu menilai dari sudut berbeza. Semua org dijadikan mampu menangis walau seteguh mana arca kegoan dan kebesaran. Airmata juga sebgai peneman gelak dan tawa. Menjadi sahabat bila hati berduka. Air yang mengalir dari mata berkaca x mampu difahami oleh orang lain kecuali diri kita sendiri.

Andai terpaksa menangislah. Bukan suatu kehinaan dan kenistaan mengeluarkan airmata. Biar kolam mata berderai jatuh hati didalam lagikan tertusuk. Manusia sangat mudah menilai dari sisi yang jelas kurang pada jauh. Andai seseorang bertanya pada mu kpd menangis? Katakan aku cuma mengambil nikmat yang telah tersedia. Menangis juga nikmat. Nikmat yg sejati. Ubat penawar duka.



Biar apa pun alasanmu jangan biar kau bazirkan airmata pada yg xsepatutnya..jalan masih jauh lagi..simpan bekalan airmata mu pada yg sejati. Terduduk sebentar bukan beerti kau mahu menangis lagi..Benar kata orang hidup ini terlalu sekejap untuk selalu menanagis dan sesingkat juga untuk selalu ketawa..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...