Followers

Friday, September 7, 2012

aku sayang Jalur Gemilang..


Jalur Gemilang..


Semenjak dari kecil aku bersekolah di Negara Brunei Darussalam. Mengikut ayahku yg berkerja disana. Aku diajar lagu rasmi Negara tersebut dan mengenali benderanya. Sebagai anak kecil aku menurut. Tiba2 hati anak kecil ini mula berasa sayang terhadap lagu dan bendera Negara yg walhal sebenarnya asing bagiku. Aku warganegara Malaysia! Sambung persekolah di Malaysia. Terus aku didik hafal lagu Negara, kenal bendera. Bendera bukanlah sekadar sehelai benang yg dicantum menjadi kain berwarna-warni.




Bendera adalah lebih besar sebagai satu symbol sesebuah Negara. Malah tidak melampau jika dikatakan seumpama Maruah Negara. Pernahkah anda menitiskan airmata ketika menyanyikan lagu negaraku, dan melihat bendera kita berkibar megah diangkasa? Satu isu yg menarik ada segelintir anak muda yang mahu menukar warna dan corak bendera. Buang jalur gemilang. Letak merah putih. Jujur aku bicara, bendera itu jauh lebih hodoh dari yg telah 55 tahun kita terima.



Soalnya mudah, apa faedahnya tukar bendera? Manifestasi golongan kiri? Mahu menghidupkan kembali Melayu Raya? Apa yg kalian mahu? Apa? Beberapa pemimpin Pakatan sendiri kurang bersetuju utk menukar warna, malah Tuan Guru Nik Aziz juga tidak menerima utk mengubah warna bendera itu sendiri. Terimalah apa yg sudah kita sepakati. Sudah 55 tahun bumi yg kita pijak ini barnaungkan bendera itu. Apa yg lebih penting, kekalkan keamanan. Tidak kisah siapa yg memerintah BN ke Pakatan ke , bendera ini adalah warisan perlu kita sanjung dan hormat. Aku Anak Malaysia!! Sila JANGAN ubah bendera kita.!!!



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...