Followers

Wednesday, March 2, 2011

Percakapan Manusia Sejauh Tidak Pernah Sempurna..



SALAM...utk kali ini..sy nk ketengahkan isu..percakapan manusia..saban hari kita melalui hari..mendengar percakapan manusia..kalo kita buat macam ni org kate mcm tu..kalo kita buat macam tu org kate macam ni..mmg payah nak satisfy mulut org ni sbenarnya.. tambah pula dgn gosip. Pantang jer nmpak org nk mgata jer..satu kisah yg menarik adalah kisah Luqman Hakim dpt kita jadikan ikhtibar..

Dalam sebuah riwayat menceritakan, pada suatu hari Luqman Hakim telah masuk ke dalam pasar dengan menaiki seekor himar, manakala anaknya mengikut dari belakang. Melihat tingkah laku Luqman itu, setengah orang pun berkata, 'Lihat itu orang tua yang tidak bertimbang rasa, sedangkan anaknya dibiarkan berjalan kaki."
Setelah mendengarkan desas-desus dari orang ramai maka Luqman pun turun dari himarnya itu lalu diletakkan anaknya di atas himar itu. Melihat yang demikian, maka orang di passar itu berkata pula, "Lihat orang tuanya berjalan kaki sedangkan anaknya sedap menaiki himar itu, sungguh kurang adab anak itu."



Sebaik sahaja mendengar kata-kata itu, Luqman pun terus naik ke atas belakang himar itu bersama-sama dengan anaknya. Kemudian orang ramai pula berkata lagi, "Lihat itu dua orang menaiki seekor himar, adalah sungguh menyiksakan himar itu."
Oleh kerana tidak suka mendengar percakapan orang, maka Luqman dan anaknya turun dari himar itu, kemudian terdengar lagi suara orang berkata, "Dua orang berjalan kaki, sedangkan himar itu tidak dikenderai."



Dalam perjalanan mereka kedua beranak itu pulang ke rumah, Luqman Hakim telah menasihati anaknya tentang sikap manusia dan telatah mereka, katanya, Sesungguhnya tiada terlepas seseorang itu dari percakapan manusia. Maka orang yang berakal tiadalah dia mengambil pertimbangan melainkan kepada Allah S.W.T sahaja. Barang siapa mengenal kebenaran, itulah yang menjadi pertimbangannya dalam tiap-tiap satu." Begitulah jua dgn apa yg berlaku hari ini…kalo hidup perlu puaskan hati semua orang bukan adalah kehidupan.

1 comment:

Maicher said...

perkongsian yang sangat bermanfaat.
syukran ya akhi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...