Followers
Friday, September 7, 2012
aku sayang Jalur Gemilang..
kisah pemijak gambar..
Malah tindakan itu kurang disenangi bukan sahaja dlm kalangan pemimpin BN/UMNO. Tuan Guru Nik Aziz juga kurang senang dengan tindakan sedemikian. Wahai anak muda sila berfikiran waras!! Jika masih kurang pandai sila berfikir dahulu sewarasnya. Andai tidak suka Dato Najib dan rakan2, nah tunggu sahaja PRU. Ubah!! Bukannya terpekik, terlolong berhimpun sana-sini. Sekali dua boleh diterima main banyak2, org pun jemu. Serentak dgn itu tergelak juga melihat berpuluh NGO tumbuh bak cendawan selepas hujan. Buat laporan. “eh ini anak muda biadab!! Pakatanlah yg ajar”.
Suara yg akan dimainkan berulang2 di TV keramat arus perdana. Padahal gambar Tuang Guru, Nik Aziz yg didakwa dikencing sepi sahaja tidak dipublisitikan. Bukan dua2nya satu tindakan sama? Sama2 penghinaan? Adakah sebab seorang PM dan seorang MB dari pakatan tindakan media, polis, dan seluruh alam berbeda? Media arus perdana, sila membicarakan berita lebih adil!!
Tidak semua yg kita rasakan betul itu memang betul dan tidak semua yang kita rasakan salah itu salah. Sekadar aku menulis apa yg terpahat dlm intaian kaca mata kecilku dari sisi mahasiswa.
Tuesday, August 28, 2012
oh janji ditepati...
Saturday, August 25, 2012
Jauh ramdhan pergi..
Friday, October 28, 2011
meRajuk DgnTuhan..
Merajuk dengan Tuhan
Salam..sebenarnya ramai antara kita tanpa sedar@ tidak merajuk dgn Tuhan. Bila apa yg kita pohon dan minta tak dimakbulkan, kita merajuk dgn Tuhan. Bila kita mengharap itu dan ini, kita merajuk jauh dari Tuhan. Sbg contoh, pernah kita dgr dialog, aku ini sudah kotor, jauh dah..biar aku terus dgn hidup aku..Soalnya mudah apa yg kita dpt dgn merajuk dgn Allah? Allah tetap memberi rezeki kpd kita..Malah Allah xpernah terkesan dgn rajukkan kita, khilaf lagi hina seorag hamba.. Kenapa kita merasa kasih sayang kekasih,..Merasa kasih sayang org yg dicintai anda lebih besar dari kasih sayang Allah..Jawapanya mudah, kerana kita memang belum pernah memiliki nikmat rasa kasih dan cinta dgn Allah…
Ramai yg merajuk dgn Allah pergi lebih jauh dari Allah..lebih jauh.. Apa yg dpt? Jauh dikau berlari, terbang jauh..kau tetap diatas bumi dan di bawah langit milik Allah. Cuba kau merajuk dgn meninggalkan solat, puasa, ..Apa yg dpt? Bangga dgn manusia, “Ya aku xsolat,aku xpuasa, hebatkan aku”..”Aku solat pun bukan jadi pandai” Apa yg dpt? Puaskah? Tenangkah?..Jiwa xkan pernah tenang..
Semoga Allah memaafkan segala kesalahan kita..Kasih Sayang dan Ampunan Allah sgt besar…Jgn pernah merajuk dgn Tuhan, Tuhan itu sentiasa ada bersama kita..
_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://e.exps.me
Friday, September 9, 2011
MEREKA TENTERA YG PONDAN !!!
Apa fungsinya PBB??? Sekadar kuda tunggangan Israel. Rata-rata Negara-negara blok barat juga merasa gerun bila mendengar nama Israel. Apa yg hebat sgt pada tentera yg dayus ini? Kenapa dayus? Ya bukanlah mereka tentera yg berani, menyerang kanak-kanak, menyerang orang tua, menyerang kediaman awam, merobohkan penempatan awam, menyerang sekelompok kanak-kanak yg bersenjata batu kerikil..mereka punya senjata automatic..Adakah ini dipanggil tentera? Tidak..mereka adalah tentera pondan yg hina, dayus. Ingin sekali aku bertanya..adakah tentera Israel ini lelaki? Tapi jawapanya sudah Nampak, mmg mereka tentera yg pondan. Aku hairan bila mana org amat hormat pada Negara yg biadap ini. Jika kita menyesuluri sejarah tidak pernah sedikit pun tercatit kedamaian dibumi Palestine khususnya dan dunia umumnya sejak pendudukan mereka.
Begitu juga aku hairan pada negara2 arab. Kononya kaya2.Harta limpah melimpah..tapi tetap takut pada tentera yg pondan ini. KEnapa mesti takut? Oh lupa pasti rugi, mereka jua ada pelabur,saham dan lain2. Palestine itu Negara lain apa aku peduli. Inilah semangat nasionalisme berasaskan bangsa negara yg diwujudkan barat telah meresap sebati dlm pemikiran poltik sekarang. Sekarang dunia telah dibentuk, walaupun kekejaman melawan naluri fitrah kemanusiaan, ia tetap akan dipuja kerana mereka punya kuasa.Namun suatu masa tentera pondan ini akan tumbang juga.
Thursday, September 1, 2011
Pejuang V Penderhaka : Mat Sabu

Pakistan, pagi satu syawal, 2011. Sebuah bom meletup berhampiran masjid slpas slat sunat hari raya. Beberapa org terkorban termasuk kanak2 dan wanita. Tiada pihak yg mengatakan bertanggungjwb. Ini hanya secebis kisah dari ratusan kisah sepi dan sedih melanda mereka. Kita? Pernah kita meletakkan walau sesaat diri kita di tempat mereka? Inilah nikmat keamanan dan kemerdekaan yg kita kecapi. Sehingga dlm hidup kita tiada masa utk kita menangis. Nikmat ini sungguh besar jua kurnianya kepada kita. Terbaru isu yg timbul peristiwa bukit Kepong. Banyak pihak terguris hati dgn pandangan Mat Sabu dlm hal ini. Tidak aku menafikan golongan melayu yg berjuang dlm usaha kemerdekaan dari gollongan kiri juga antara yg menyumbang, namun tidak tercatit dlm sejarah arca sejarah kita nama mereka.
Namun bukan itu alasan kita utk memalitkan bahwa pejuang yg bersama British bukan seorang pejuang. Tidak semudah itu Mat Sabu. Mereka tetap digelar pejuang. Tunku Abdul Rahman bersama tokoh yg lain berusaha utk mewujudkan Negara ini. Mereka tetap memerah keringat berjuang sama ada sebelum atau selepas merdeka. Ya mereka tetap pejuang!
Mungkin, pejuang dari golongan kiri jua sama inginn menuntut kemerdekaan namun utk menidakkan jasa spt Pahlawan Bukit Kepong memang sesuatu yg tidak dpt diterima.Jgn terlalu leka berpolitik, berkata-kata jgn lupa, terlajak perahu bollehkan undur terlajak kata tak mungkinkan undur. Benar, mempertahankan kemerdekaan jauh lebih sukar dari mendapatkan kemerdekaan. Mungkin Mat Sabu tersilap langkah, cuba membetulkan benang yg basah. Jgnlah kerna bedaan politik jasa seseorang itu dibuang terus. Walau kita berbeda ideology politik, kita mesti tetap sama, pertahankan kemerdekaan, kerana hanya itu kunci kpd sebuah keamanan- Selamat Hari Merdeka, Malaysia.
Friday, August 19, 2011
Bicara Jiwa Rapuh...
Salam, pena ini mencoretkan lagi nukilan hati, berbicara dgn dinding kamar bukan kerana daku kerisauan. Aku tetap dirantaian celah-celah manusia. Namun tetap merasa sepi. Bertanya pada dinding kamar kenapa bicara sepi? Berbicara pada rembulan yg bersinar? Aku bertanya pada si mentari? Kenapa terasa kosong benar jiwa, tiada jawapan, hanya bahasa nyanyian bisu mengiringi. Bertanya pada manusia? Gelak tawa mereka adalah tangis sedih hati yg rapuh. Daku mencari keindahan pada dunia ini. Pada seorang wanita, wanita itu mati. Pada segumpal wang, wang itu habis, pada sebuah jawatan, jawatan itu hilang.

Aku merantau lagi, mencari kebahagian yg abadi. Berlabuh dari satu pelabuhan ke pelabuhan lain. Mencari apa itu yg tenang, mencari apa yg puas. Tetap jua sama. Pulang ke halaman, bersama tangan penuh debu dosa. Keindahan yg kekal abadi itu masih xkunjung tiba. Ramai berbicara dunia ini sementara, namun xramai yg yg bersedia. Sama jua aku. Berkira hidup ini lama lagi, berdosa tak apa.

Terlupakah kita, dgn mengingati Allah jiwa menjadi tenang? Kitab suci, tersedia rapi di almari, berhabuk ,lusuh sedikit tak terusik. Menanti sahabat berlabuh nyawa meninggal dunia baru terbaca. Menanti sakit derita hiba baru terucap kalimah suci itu. Nah, baru tersedar..bukan dinding kamar patut kita bicara, bukan pada mentari patut kita bertanya, bukan pada rembulan, bukan jua pada sekecil hamba yg hina manusia kita bersoal, jua bintang, pelangi.. Sujud padaNya, berbicaralah dgn Tuhan..bermohonlah padaNya, mintalah padaNya, itulah kebahagian yg daku,kamu dan mereka cari selama ini...
Thursday, August 18, 2011
Bernafsu melihat mereka..
Salam..pernahkah anda mengalami perkara ini ketika puasa terutamanya time kecil dulu? Bertanyakan kepada ibu anda bilanya time berbuka.."Ma bilanya nk buka ni nape lambat hari ni" (padahal same jer).. Kdg2 hampir setiap jam jugak aku bertanya.. Bila tiba time berbuka dgn automatiknya mulut mengukirkan senyuman.. Indahkah kalo difikirkan pengalaman dulu.. Kdg2 sume menda kita nk tersedia rapi diatas meja..kalau air tu banyak jenis, banyak kalernya..yup sgt bernafsu melihat mereka..
time before nk berbuka inilah sumenya nampak indah.."wah berkilatnya ais krim tu, Wah mantapnya ayam goreng tuh..panas lagi..haha" tipulah kalo xpnah ckp cmnikan..hah biasa jer ak dgr dialog ni..Sambal petai fuh... Yes,manusiakan bernafsu.. dan ini pun sbahagian drpd bernafsu..Pernah aku tgk org berbelanja kat bazaar hampir ratusan kat bazaar..fuh nk berbuka ke nk buat kenduri.. Tp yg jelas bila da tiba time berbuka banyaknya juga xhabis..fuh membazir der..
So,selamat berbuka dan jgn membazir, beli ape yg patut jer..Kesian ak tgk butir nasi yg menangis mengharap simpati,.jgn biar mereka menangis, org lain dr negara lain pula menangis sbb xdpt menyentuh mereka...Wassallam..
Tuesday, August 16, 2011
Hanya Sesuap Nasi..
Salam..Akhirnya, setelah hampir 3 bln bkerja sbg pelayan kdai mkn (part time) aku dah bhnti..yes, Banyak pgalamn yg dpt diambil time kerja ni..Suasana yg beza dgn belajar..Patut la org2 tua dan dah berkerjaya ckp "TIMe ko jadi student ni lah time yg paling indah, da kerja kawin, dpt anak susah bnyak perkara yg ko kena fikir".. Ermm mmg btul sgt2.. Aku mula merindui saat ke kelas, bertemu rakan,bljar,gelak sama2.. Jauh lagi indah dari kerja.. Xpe after raya sambung sem baru..
Tapi apa yg ak dpt time kerja ni juga jauh bernilai pglamannya..Kena marah dgn customer, Staff lain tegur, Bos marah..sudah menjadi sebati hidup seharian.. Pernah sekali aku diherdik planggan sbb makanan lambat..(mcm dia sorg jer xmakan dlm dunia ni).. Time tu la ak sdar..manusia ni sume same..pangkat,kuasa dan nama tu pnting...bila tgk pakaian aku berapron lg..mmg la xrespeknya..(TGk la kau nnt aku habiskan blajar, jd lawyer br kau nk respekkan) adus dunia ni mmg sama..Tp time ni la aku dpt rasai betapa perit nk dpt walau sesuap nasi..banyak tenaga yg dicurah,. Barulah rasa kita dpt lalui apa yg org lain rasa..
So, pgalam kerja ini mmg memenatkan kluar 8pg hbis 9 mlm..setiap hari..fuhh penatt (Hoi kalo xpenat bukan kerja namanya haha) btul jgk.. Tp konklusi yg ak dpt, stiap student or mahasiswa mmg patut merasai pglamn bkrja sblum benar2 masuk alam kerjaya yg sbnar..bljr dulu pglamn, bhdpan dgn org,communicate dgn org..tension2 sume tu baru la dpt bersedia dlm alam kerjaya yg benar2 realitinya..
Friday, August 12, 2011
Remaja Murtad Hina Islam
Salam..ni satu lg video yg amat mengejutkan jugak...search jer dlm youtube jupelah tuh.. Bila tgk budak ni rase nk lempang jer kan.. Remaja ini dilihat banyak menyonsangkan ayat Al-Quran dan memahamkan mengikut pemahamannya sendiri.. namun xpasti video ni tmpat dimana, yg penting dia berbahasa melayu.. So, bila dilihat dari pelbagai perspektif, isu murtad sudah menjadi isu yg kritikal yg menjadi barah dlm masyarakat kita. Namun malangnya isu ini dilihat terpencil dan tdk begitu diendahkan..
Kita dpt perhatikan beberapa nama yg memahat nanah luka pada agama spt Lina Joy, Aisyah Bukhari..Timbul dibenak pemikiran kita, apa yg salah pada asuhan ibubapa? Apa yg kurang pada pendidikan? Apa yg cacatnya pd masyarakat? Sehingga golongan yg murtad ini bisa lahir.. Kita tdk harus menuding jari mengatakan siapa yg salah..tp kita berusaha supaya gejala murtad ini tdk menjadi penyakit bahaya dlm kalangan umat...dan mencegahnya..
Namun yg menjadi kekesalan sekarang, pihak yg berkepentingan memainkan isu murtad bersama kepentingan politik dayus masing2. Yg terbaru isu serbuan JAIS ke gereja. Isu ini mmg sensitif namun kalo kita asyik bertelagah menuding jari, isu spt ini mmg akan sentiasa timbul..so seharusnya dlm soal kepentingan umat kita seharusnya berganding bahu bersama..menjaga kesucian Islam
Smoga dpt dijadikan ikhtibar..
Tuesday, August 9, 2011
Kes Pembunuhan Kanak2 Kejam dan Paling Lama
Salam..kanak2 adalah anugerah yg bernilai bg ibu dan bapa. Bila kehilangan si kecil sudah menjadi suatu kesedihan yg melampau terhadap ibu dan bapa. Lihat sahaja kes Nurin Jazlin, bgaimana si Ibu begitu amatsedih utk menerima ketetapan yg anaknya sudah tiada. Dlm kes di Florida pada 1981, Adams Walsh adalah seorang kanak2 lelaki berumur 6 tahun, yg telah diculik ketika didlm mall. Dlm masa seminggu sebanyak ribuan gambar Adam dicetak utk pencarian. 16 hari selepas kehilangannya..mayatnya kanak2 malang ini dijumpai oleh sekumpulan nelayan dan yg menyedihkan hanya bahagian kepala ditemui..selebih anggota badan lain xditemui..bedah siasat menunjukkan kematian Adam disebabkan asphyxia, kekurangan oksigen, mungkin dilemaskan dahulu..sblum tubuh badannya dikerat2..I
ni menjadi topik hangat seluruh US ketika itu.
Dlm penyiasatan ini, sebanyak beberapa suspek telah dipanggil. Antaranya ayah beliau sendiri John Walsh. Jaffery Dahmer, pembunuh kanak2 dan juga Ottis Toole. Namun Jaffery Dahmer dilihat tiada kaitan langsung kerana walaupun beliau banyak membunuh, dlm kes Walsh beliau tiada dlm kaitan. Ottis Toole dilihat suspek yg paling utama, namun kekurangan dlm penyiasatan dan (beyound reasonable doubt) menyebabkan sukar utk mendakwa beliau.
Ottis Toole
Apa yg menyebabkan aku tertarik dgn kes ini adalah kerana, pada 2008, iaitu 27 tahun slepas kes itu berlaku Polis mengesahkan kes ditutup. Bukan kerana bukti baru diterima, tapi atas kekurangan bukti utk mendakwa Ottis Toole, yg sememangnya pembunuh sebenar. Malangnya, Ottis telah meninggal dunia pada 1996, ketika dlm penjara utk kes lain. So, maksudnya mereka telah menjumpai suspek yg betul tapi still kekurangan bukti utk mendakwa tertuduh pd masa tersebut. Bapa Adam ketika ditanya, mengatakan, nalurinya memang mengatakan Ottis pembunuh, namun atas kelemahan dlm penyiasatan, keadilan kanak2 ini xterbela. "I believe wherever Toole is, he's paying and being held accountable for his actions."
Ottis Toole dan Jaffery Dahmer
Saturday, August 6, 2011
Kisah Gadis Simbahan Asid..

Salam..La ni, banyak sgt kita dgr kes org yg kena simbah asid. Kebanyakkan motif adalah sebab dendam. Bagi aku simbah asid ni sama jer mcm membunuh walaupun dalam Kanun Jenayah hukumannya adalah tak sama. Sebabnya asid bole menyebabkan kecacatan kekal terhadap mangsa..meninggalkan trauma.. Dlm satu kes di Iran, gadis yg cantik Ameneh Behrami adalah mangsa simbahan asid oleh teman sekolejnya Majed Mohadevi, hanya kerana MENOLAK LAMARANNYA..(mamat ni mmg psiko)...sebelum perbuatan tu berlaku Ameneh mmg pernah diganggu oleh tertuduh beberapa kali..

Hasil dari simbahan asid itu, wajah Ameneh sgt buruk, terbakar dan melecur..malah juga buta..beliau terpaksa menjalani pembedahan sebanyak 15kali termasuk diluar negara akibat simbahan asid itu..Mahkamah Iran memutuskan denda GBP 15,000 namun ditolak Ameneh dgn meminta hukuman qisas diadakan..yg memang wujud dlm Sharia Code Qisas Iran tapi jarang dilaksanakan..Pada 2008, mahkamah memutuskan Majed dikenakan qisas, iaitu mata tertuduh mesti dibutakan jua.. Namun hukuman ke atas Majid masih, tdk dpt dijalankan..kerana masih mencari doktor yg sanggup melaksanakn hukuman tersebut..tapi aku xpasti sama ada sudah dilaksanakan @ tak.. tapi yg pasti mahkamah dah memutuskan hukuman spt itu.. si IBu tertuduh memohon sgunung maaf dari Ameneh, mgatakan Majed rela menjadi abdi kpd Ameneh seumur hidup asal tak dibutakan mata..(nampak sgt dayusnya mamat ni)..

Apa yg aku nk tekankan disini perlaksanaan hukuman cara Islam sememangnya adil..cuba fikirkan dgn mgikut undang2 biasa tertuduh hanya dikenakan denda..habis2 tinggi pun bg jer penjara..ADIL ke?? Dgn kesan yg dialami mangsa,trauma..so qisas dilaksanakan..iaitu dgn pembalasan balik...perkara ke2, kepada penjenayah berasid diluar sana..bertaubatlah..bagi aku ygmelempar asid ni dayus...tahu simbah jer dari jauh..memalukan..kalo sbb cintamu ditolak, cek diri sendiri mgkin ko xhensem ke, xkaya ke..sbb tu kena tolak..baik simbah asid muka ko sendiri..haha.. Tapi yg pasti kisah Ameneh ni bole bg sejuta pgajaran kpd kita persolan mengenai undang2 Islam dan konvensional..juga kpd mamat psiko diluar sana,..bertaubatlah..asid bukan penyelesai masalah..

Tertuduh..memang dayus..da lah xhensem..
Masih tersenyum..beban dihati tiada siapa yg tahu..Smoga jadi Ikhtibar.
Wednesday, August 3, 2011
KAsih Ayah, Kasih Ibu..

Salam..sebelum isyak tadi mendapat panggilan dari seorang sahabat mengkhabarkan ayah beliau telah kembali ke rahmatullah..Al-Fatihah buat ayah kepada dua sahabatku, Saudara Makram Musa dan Siti Hajar Zakaria.. Bila dgr berita kematian ni baru kita sedar kejap..Betapa hidup kita ini ada tempoh masanya.. Bagi kita yg masih mempunyai ibu dan bapa bersyukurlah..kita masih ada orang yg kita perlu berbakti.. Kadang2 kta sbenarnya terleka, khilaf dan lupa..


Kasih seorang yg dipanggil bapa dan ibu memang tiada tandingannya...Sedari kita lahir, sekecilnya, bagaimana kita dibelai, disayang, kalo ada secalit parut gigtan nyamuk siibu sudah gundah gulana..tidak mahu anak kesayangan terkesan begitu..Si Bapa, peluh keringat mengalir..bekerja utk rezeki ank2 dan isteri..Namun sayangnya, si anak itu masih kecil, tak pernah melihat titis pengorbanan mereka...Terkadang aku terfikir sejenak, aku jua pasti melalui hari itu seperti mereka..kuatkah aku menanggung perasaan..saat orang yg kucintai..akan ditidurkan diruang sempit dikabur tanah..saat mereka dibalut kain putih bersih, saat mereka terbujur kaku..tiada lagi terdengar tawa, suara yg menjadi nyanyian hidupku..

Ayah..nanti siapa yg akan urut kaki ayah?... Ibu nanti siapa yang akan picit kepala ibu kalo ibu dibawah sana...tanya seorang ank kecil yg xmengerti..semoga kita tdk akan pernah mensiakan ayah dan ibu kita yg masih hidup..ingati jasa mereka..pada yg telah pergi, sentiasa mendoakan roh mereka dlm kalangan org soleh...
Monday, August 1, 2011
buat bakal isteriku..

Salam, kepada bakal isteriku, daku hanya seorang lelaki, hamba pada Tuhan, anak pada kedua ibubapaku.. Setelah aku menerimamu ketika akad..engkau adalah amanahku, Amanah dari orang tuamu dan tentulah lebih besar adalah amanah dari Tuhan jua.. Aku bukanlah insan hebat, insan yang perlu kau puja khabar pada sejuta dunia, sekadar dedaun kering yang diam bisu terbang melayang ditiup angin..

Berat benar tanggungjawabku padamu, bukan semudah lafaz akad..kuatkah aku menasihatimu tentang sesuatu, kuatkah aku mengajarimu tentang agama, mampukah aku selalu menjadi pembimbingmu..terpampang sebentang onak dan duri yang bakal kita harungi..semuanya xsemudah mengucap 3 patah kata..aku perlu menjadi pembimbingmu,..perluku persiap segalanya sebelum menjadi nakhhoda bahtera perkahwinan ini.. bukan ini sekadar untuk sebulan,setahun..namun utk selamanya..

Kepada Adam, Hawa bukanlah insan utk kamu puja setinggi langit, memuja setinggi alam..bukan jua kamu merendahkannya dibawah..terciptaannya dari rusukmu..dekat dibahu utk dilindung, dekatnya jua dihati utk dikasihi..kerna mereka perhiasan dunia yg cukup indah..
Sunday, July 31, 2011
Alasan sebab Puasa???..
Alasan Pertama..
Kuat Tidur..kalo kita tgk, org yg tdo ni..mcm xnk da bangun..mcm da mati da kot..gempa bumi 9.8 richter pun konfem xbangun..bila tanye..bior la dia..penat kot puasa..hmmm
Mamat Hensem:Ala rileks r bro..gua nk tdo pagi2 ni nnt mlm gua nk qiam bro..gua nk tdo puas2...kalo gempa bumi pun jgn kejut gua taw...Bila lg gua nk tdo best2..time bulan pose ni r..lgpn xde bley nk wat ape pun..nk mkn xley..kaco awek xley..lebih baik gua tdo kan..

Alasan kedua..
Boros berbelanja (terutama time nk buka)..membawa ke pembaziran..
Biasala kan..kalo kita tgk..ramai org menjengah ke bazaar Ramadhan, kadang tu tgk perut kecik jer..beli mkanan mcm nk bg makan org satu Kapal haha..
Mamat Hensem :Ala bro ni sebok r..gua kan puasa..time ni la gua nk rse mknan best2...td pnat la bro...time ni la gua nk layan..

Alasan ketiga..
Haa..time kat surau,masjid kg2 atau kat bandor besar pun..kalo malam konfem la penuh kan hendaknya time tarawikh..malam first2 mmg penuh xingat..semua berkobar2 lagi..da dkat tgh2 bulan skit..ke hujung2 mmg best r...saf buleh 2/3 kerat..
Mamat Hensem:Ala bro ni kecos la..tu nasib baik gua pergi time2 awal ramadhan..ala bro biase la..time2 nk hujung ni org sume busy ckit..nk raya katakan..gua nk kerja kuat..nk bg duit raya gempak kat ank buah..nk beli baju raya bior terbeliak mata org kampung gua..


Sebenarnya banyk lagi alasan yg selalu digunakan oleh sebab puasa..tu skit jer..Kpd Abg Mamat Hensem..tq sebab sudi diinterview oleh gua..Semoga kita tidak menjadikan puasa sebagai alasan utk segala macam perkara..Banyak yang boleh diambil dari pengajaran Bulan yg Mulia ini.Amin.


















