Followers

Tuesday, September 16, 2008

Agama dalam Perpaduan

Apakah maksudnya 16 september ini... Tarikh pembentukan Malaysia.. Namun ada cuti ke tiada bukan masalah...ada cuti 31 ogos pun orang xbleh nk memahami makna kemerdekaan,.. namun jelas bukan suatu yang utama yang digagaskan oleh kroni -kroni pembangkang sekadar menyentuh isu-isu lapuk yang telah berlaku..Namun itulah bijaknya pembangkang dalam persediaan membentuk kerajaan baru...16 september banyak maknanya untuk rakan2 di Malaysia Timur...itulah tarikh sebenarnya mereka bebas dan merdeka.. Inilah masalahnya kerajaan nak menghasilkan produk perpaduan bukan hanya dengan membuat slogan, nyanyian, bendera, dan bukan juga sekadar ceramah tapi sebenarnya lebih dari itu....Perpaduan merupakan suatu proses yang telah diterapkan arca oleh kolonisme sejak dahulu lagi... Masalah untuk membentuk perpaduan bukanlah isu entang kerana jatuh bangun sebuah negara banyak bergantung kapada keupayaan untuk membentuk perpadaduan... Malaysia bukannya negara tidak mengamalkan perpaduan namun acuannya masih tidak sempurna... sesetengah isu seperti penangkapan exco Selangor melalui ISA jelas menunjukkan kerapuhan institusi perpaduan dalam negara.. Pihak pembangkan pula galak memainkan isu dan kredibiliti kerajaan masih disanggah..

Sebenarnya jika ingin membicarakan erti perpaduan sebenar merupakan suatu isu yang tidak akan pernah padam..sejarah telah menunjukkan bagaimana isu perkauman juga menjadi wahana mulut sehingga terpisahnya Singapura dari Malaysia...Namun asas sebenarnya sebuah negara adalah melalui agamanya... Namun inilah aspek penting yang sering digagalkan oleh pihak2 yang mengamalkan sekularisme. Agama dan kehidupan tidak akan pernah lari dari kehidupan. saya melihat dari sudut bagaimana Islam itu sendiri pembawakannya amatlah universal...Ad`Din.. Namun itulah yang menjadi masalah apabila pembawakan melalui agama ini sering kali terhenti dan tersekat kerana masalah yang dilahirkan oleh manusia itu sendiri...

Di Turki wujud dua golongan besar seperti sekularisme dan anti-sekularisme. masalah seperti isu pendidikan dan pemakaian tudung umpamanya telah menampakkan kelompangan institusi sebuah negara apabila asasnya bukan agama. malah banyak lagi negara lain yang jelas juga berlaku perkara ini... Bukanya saya pro pembangkan cumanya merasa apa yang dibawa oleh PAS merupakan suatu adunan yang menarik andainya diadun dengan baik... Negara yang berasaskan agama jika ditarbiyah dengan baik dan tersusun lengkap dengan undang-undang berasaskan Al-Quran dan As-Sunnah mampu melahirkan banyak daulah. Kegemilangan empayar Islam pasti bernaung kembali sebelum seluruh manusia sedar dan mengerti sebenarnaya kebenaran

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...