Followers

Sunday, September 7, 2008

Sayangnya Allah padamu Wanita....

apa yg diperkatakan olehku ini mungkin sudah dari sahabat membacanya cuma ingin kutitipkan ini sekadar untuk pengisian untuk wanita,puteri...betapa benar amat Allah amat menyayangimu..
letakmu bukan dikaki, bukan jua dikepala..tapi dihati untuk dikasihi...
kau umpama ratu...
mengelisahkaan hati2...
meruntunkan jiwa2...
kau kekal penyejuk mata...
menenangkan dikala waktu susah...
namun, sayang kau...
lembutmu xbererti kau mudah dijual beli...
lembutmu bukan sekadar hiasan...
bukan jua kebanggaan...
kehadiranmu melengkap segenap se gundah meruntun jiwa...masakan Adam sering sunyi walau berada di mahligai Syurga..kerana kau begitu...istimewa...

kau x seperti lelaki...
Betapa beratnya menjadi seorang lelaki,
1. Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh
manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.
2. Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.
3. Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggong-jawab keatas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, menakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat
kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya.
4. Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak.
Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini.
Banyak lagi... .laki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu
tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggongnya sepert gunung dengan semut. Itu sebab nya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang
daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung. Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugrah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan.
Begitulah kira-kiranya.

Wanita
1 - wanita auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.
2 - wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.
3 - wanita saksinya kurang berbanding lelaki.
4 - wanita menerima pusaka kurang dari lelaki.
5 - wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
6 - wanita wajib taat kpd suaminya.
7 - talak terletak di tgn suami dan bukan isteri.
8 - wanita kurang dlm beribadat kerana masalah haid dan nifas yg tak ada pada lelaki. Pernahkah kita lihat sebaliknya??
Benda yg mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yg tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah sepah bukan? Itulah bandingannya dgn seorg wanita.

Wanita perlu taat kpd suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankahibu adalah seorang wanita?Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya utk menyara isteri dan anak anak.Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan
seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini: Isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya. Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki
ini: suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya. Seorg lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala org pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

Inilah hebatnya wanita.....so, janganlah hanya kau seperti hiasan berharga kau peragakan dirimu semurah...kerana peribadi mu telah sedia lembut.. Biar akalmu senipis helaian rambut...kau kuatkan dengan Ilmu....biar hatimu serapuh kaca kau mampu menampung dengan seraut iman...Wanita yang baik...disisimu akan ada suami yang baik.......

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...