Followers

Thursday, March 31, 2011

Peristiwa Karbala dan Mazhab Syiah


Salam semua, aku tertarik melihat pada gambar-gambar ini..Aku sebenarnya tak banyak info pasal peristiwa karbala..dan sgt berminat utk mengetahui pasal ritual ini..so ini je info yg aku dapat..sama ada perkara-perkara yang mereka lakukan salah atau benar..tanyalah pada yg lebih arif..


Asyura' dijadikan oleh Syi'ah sebagai hari berkabung, duka cita, dan menyiksa diri sebagai ungkapan dari kesedihan dan penyesalan. Pada setiap Asyura', mereka memperingati kematian Al-Husen dan melakukan perbuatan-perbuatan yang seperti berkumpul, menangis, meratapi Al-Husen secara histeris, membentuk kelompok-kelompok untuk pawai berkeliling di jalan-jalan dan di pasar-pasar sambil memukuli badan mereka dengan rantai besi, melukai kepala dengan pedang, mengikat tangan dan lain sebagainya.


Tragedi Karbala yang diingati sebagai pengisian acara sambutan 10 Muharram tersebut, iaitu tarikh berlakunya tragedi hitam berkenaan. Peristiwa itu ialah mengenai penyembelihan keatas Imam Hussein ahlul bait nabi oleh pasukan Ibnu Ziyad di zaman pemerintahan Yazid bin Muawiyyah, dimana kesemua wanita dan anak kecil ahli keluarga nabi saw ditawan dan digiring manakala kepala Imam Hussein as yang wajahnya mirip wajah nabi itu disembelih, dijulang di atas tombak dan diarak hingga Damsyik. Kepala cucu rasulullah yang mulia kemudian, diletakkan dihadapan kaki Yazid sebagai tanda kemenangan dan kekuasaan Bani Umawiyyah ke atas Ahlul Bait.


8 comments:

NUR SYAZWANI said...

Salam..saya pun tak berapa arif tentang peristiwa karbala ini..sekadar perkongsian.Rasulullah pernah berkata kpd Muawiyah bahawa "Ada keturunanmu (Muawiyah) yang akan membunuh keturunanku(Rasulullah)"..dan peristiwa inilah buktinya..peristiwa ini juga menyebabkan ramai orang Islam menyalahkan Muawiyah atas kematian cucu nabi itu..saya tidak berani untuk mengatakan siapa yg bersalah..Siapa saya untuk menyalahkan Muawiyah,seorang perawi Hadith juga sahabat Rasulullah yang pernah melihat wajah Baginda..Puak Syiah menyokong Saidina Ali,saya baru membaca kisah kehidupan Aisyah Humairah.Aisyah juga tidak menyenangi pemilihan Ali sbg khalifah sebaliknya beliau berpihak kepada Talhah..hmmmm..bagus kalau research peristiwa ini..dapat mendalami sejarah Islam..teruskan saudara!

Z-nul said...

Orientalis barat dan juga pihak barat banyak menggunakan perbalahan antara 2 mazhab besar syiah dan sunni sbg peluang utk mereka masuk utk meruntuhkan negara2 Islam..

♥misz nana♥ said...

menakutkan betul..huhu

Sekamar Rindu said...

peristiwa yg akan diingati..

* folo ur blog..

reez said...

erm...ade jugak yg mcm ni....bagus lah blog ni...byk random info yg interesting

Ibnu_ghazali said...

banyak-banyakkan pembacaan mengenai sirah, dan jangan mudah menerima provokasi syiah.

pastikan sumber bacaan daripada bahan yang shahih dan selamat daripada penyimpangan syiah. risau sangat seandainya tersalah baca, akhirnya mengkafirkan sahabat-sahabat.

wallahua'lam~

Mohd Areef said...

Assalamualaikum.

Jangan bersumberkan satu pihak dan terus mengkafirkan para pencinta ahlu-bayt rasullullah saaw.

memukul badan pada hari asyura ni dipanggil Qamazani. dan Qamazani DIHARAMKAN oleh semua ulama' syiah ( tak termasuk ghulat iaitu syiah sesat).

untuk pengetahuan, syiah terbahagi kepada berpuluh-puluh mazhab. Mazhab yg majoriti adalah syiah immamiah. ulama' syiah immamiah mengeluarkan fatwa HARAM mengkafirkan para sahabat.

kebanyakan fitnah terhdp golongan pencinta ahlul bayt ini dicipta oleh puak2 WAHABI.
jadi, jangan terpedaya dengan dakwah2 puak WAHABI yg nk memutuskan ikatan antara ahli sunnah wal jamaah dan syiah!

tolong dengar daripada pihak syiah sendiri sebelum membuat tohmahan. terima kasih..

sila rujuk blog ni bwh.

http://mohdareef.blogspot.com/2011/07/fatwa-ulama-dan-marji-tentang-budaya.html

Hery Ardian said...

http://www.fimadani.com/syiah-adalah-pembunuh-sayyidina-husain-di-karbala/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...