Followers

Tuesday, August 28, 2012

oh janji ditepati...

Oh Janji Ditepati?
Menyelusuri isu suasana politik sekarang, sekadar anak muda yang kecil terkadang mahu tergelak tawa melihat berita-berita, isu-isu pemain-pemain poilitikus senja, bermaharjalela didada akhbar, berbicara sekan bersayap terbang diangkasa. Itu lah watak pemain politikus. Sama ada kamu kerajaaan mahu pun pembangkang. Soalnya tetap sama. Di jatuhkan dan menjatuhkan. Bising gegak gempita sekejap, tema merdeka dikatakan silap? Tak dapat dinafikan temanya terlalu “bias”. Janji ditepati. Bunyinya sedap. Enak rangup, namun sedar keadaan politik semasa kita, tema ini jelas agak kurang sesuai kiranya.
Namun itu bukan soalnya utama, secara tiba2 anak muda mula kisah pada maksud slogan merdeka. Padahal sebelumnya, tanyanyalah berapa orang pun, termasuklah ak sendiri, tema hari merdeka, 2/3 tahun lepas pun dah lupa. Malah bila bicara pengisian program merdeka juga serasa macam kosong. Malah lagu2 merdeka juga mula menerjah rentak lenggok irama kebaratan. Oh ak bukan kolot!! Cuma kiranya sudahlah disajikan konsert merdeka. Seumpama rakyat kita tahu merdeka itu konsert pula. Konsert itu merdeka. Usah bicara lagi.
Selamat Hari Merdeka Malaysia- pengajaran utk masa mendatang, Seharusnya kerajaan harus lebih berhati-hati memilih tema dan slogan, takut tema lebih popular dari sambutan!!

Saturday, August 25, 2012

Jauh ramdhan pergi..

Ramadhan sudah lama berlabuh. Saban tahun dan masa yang kita dengar adalah, semoga kita berjumpa lagi ramadhan akan datang. Semoga,semoga,semoga,semoga, entah berapa lagi semoga mahu kita hitung. Namun tiap kali dtgnya ramadhan, xpernah berubah. Seolah sama sahaja ramadhan. Malah ada yang lebih teruk. Semalam yang berlalu tak akan kunjung tiba lagi. Soalnya, ke mana hati sarat dosa ini mahu menanti? Menunggu datang ramadhan lagi sekali?
Tika ramadhan mula-mula berkunjung, salam ramadhan disambut meriah tikar-tikar sejadah terbentang luas, surau-surau kecil seakan bernyawa bercahaya, seusia ramadhan seminggu, semangat seakan menguncup. Bukan aku seorang, bukan kamu, malah setiap orang yang pernah bernafas dan bernyawa pernah merasa seperti ini. Lalu diukirkan puisi bait2 cinta menanti ramadhan dtg berkunjung lagi. Harus apa? Tika dia muncul lagi kau xpeduli, biarkan dosa berat bernanah, luka di balut arca sedih.
Sayembara, ak bukan pencinta lagu puisi ingin kutulis bait kata rindu pada ramadhan yg telah pergi. Yg telah berlabuh biarlah berlalu, Usah dititip kata, “AKU MAHU TUNGGU RAMADHAN LAGI SEKALI” baru mahu berubah. Andai mahu, bergeraklah sekarang,..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...