Followers

Thursday, April 7, 2011

Gulai Daging Manusia..Emm sedapnya..



Salam..pelik2..tapi itulah yg berlaku...Polis Pakistan telah menahan dua beradik kerana dikatakan menyediakan gulai daging manusia yang dikorek dari tanah perkuburan. Menurut laporan The Guardian, mereka mengorek mayat yang baru ditanam untuk dijadikan kari daging manusia.



Muhammed Arif,40, dan adiknya Farman, 37 ditahan dalam satu serbuan polis dirumah mereka di satu kawasan pedalaman dalam daerah Punjab. Mereka dikatakan memotong kaki mayat seorang wanita berumur 24 tahun yang mati akibat kanser, dan memasak daging tersebut didalam periuk. Kedua beradik tersebut telahpun menghabiskan sebahagian daripada kari tersebut ketika polis tiba. Pegawai Kanan Polis, Malik Abdul Rahman berkata, kedua beradik tersebut diketahui sebagai pemakan daging manusia dan telah melakukan perkara ini sejak tahun lepas.

Menurut Rahman, kedua beradik tersebut memakan daging manusia untuk membalas dendam selepas kematian ibu mereka dan juga ditinggalkan oleh isteri mereka. Ia kemudiannya menyebabkan mereka menjadi ketagih untuk memakan daging manusia.

Muhammed Arif dan Farman ditangkap semasa melakukan kesalahan. Selain daripda kari daging manusia yang telah dimakan sebahagiannya, polis juga menjumpai badan seorang mayat yang lain. walaubagaimanapun, tiada undang-undang untuk mendakwa mereka kerana memakan daging manusia, sebaliknya kedua beradik ini hanya boleh didakwa kerana mengorek kubur tanpa kebenaran. Paling tinggi, hukuman yang boleh dijatuhkan adalah enam bulan penjara.

Adus macam2 dah berlaku skrang..mungkin da tahap ketagih mmg xtaw nak kate ape lah..haha..apepun manusia mmg payah nak puas kan hati..dapat daging org pun x,mampu puaskan hati jugak..

4 comments:

cik-terompah said...

serius mengelikan ,, yaks..

Duta said...

tapi kalo xtaw daging manusia..time lapar pun bole habis..haha

ira-yoshida said...

perg! seram kot..

LindaRahim said...

da baca kat paper... tp x perasan lak yang dia wat gulai...hishhh...yg x syoknyr xde undang2 digubal lg tu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...