Followers

Friday, September 7, 2012

kisah pemijak gambar..

Ini kisah pemijak gambar Pak Ajib dan Akak Mah. Sedang Negara menunggu tarikh 31 ogos, segelintir anak2 muda berhimpun, memakai baju keramat kuning mereka. Memijak gambar pemimpin Dato Najib dan isterinya Rosmah. Jika dinilai dari satu sudut apa faedahnya? Sekadar satu manifestasi untuk menunjukkan kebencian adalah suatu tindakan agak bodoh, dan kurang beradab. Andai anda mahu mempertahankan berdasarkan pemahaman ideologi sendiri, apa yg mahu dipertahankan?



Malah tindakan itu kurang disenangi bukan sahaja dlm kalangan pemimpin BN/UMNO. Tuan Guru Nik Aziz juga kurang senang dengan tindakan sedemikian. Wahai anak muda sila berfikiran waras!! Jika masih kurang pandai sila berfikir dahulu sewarasnya. Andai tidak suka Dato Najib dan rakan2, nah tunggu sahaja PRU. Ubah!! Bukannya terpekik, terlolong berhimpun sana-sini. Sekali dua boleh diterima main banyak2, org pun jemu. Serentak dgn itu tergelak juga melihat berpuluh NGO tumbuh bak cendawan selepas hujan. Buat laporan. “eh ini anak muda biadab!! Pakatanlah yg ajar”.


 Suara yg akan dimainkan berulang2 di TV keramat arus perdana. Padahal gambar Tuang Guru, Nik Aziz yg didakwa dikencing sepi sahaja tidak dipublisitikan. Bukan dua2nya satu tindakan sama? Sama2 penghinaan? Adakah sebab seorang PM dan seorang MB dari pakatan tindakan media, polis, dan seluruh alam berbeda? Media arus perdana, sila membicarakan berita lebih adil!!



Tidak semua yg kita rasakan betul itu memang betul dan tidak semua yang kita rasakan salah itu salah. Sekadar aku menulis apa yg terpahat dlm intaian kaca mata kecilku dari sisi mahasiswa.



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...