Followers

Wednesday, February 9, 2011

Analisis Pakatan Rakyat




Sebelum itu kita mesti taw apa ni Pakatan RAkyat??


Perikatan ini terdiri daripada Parti Keadilan Rakyat, Parti Islam Se-Malaysia serta Parti Tindakan Demokratik (PKR-PAS-DAP) yang merupakan pihak pembangkang dalam Parlimen Malaysia. Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail merupakan Ketua Pembangkang sebelum ini, namun kemudiannya digantikan oleh suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas memenangi pilihan raya Permatang Pauh 2008. Pakatan Rakyat juga menerajui kerajaan lima buah negeri Malaysia. Pakatan Rakyat akan menggantikan Barisan Rakyat dan Barisan Alternatif yang digunakan sebelum ini.


Pembentukan Pakatan Rakyat diumumkan pada 1 April 2008 berikutan mesyuarat antara pihak ketiga-tiga parti di Petaling Jaya.

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, gabungan tidak formal PKR-PAS-DAP yang membentuk Barisan Rakyat berjaya memenangi 82 daripada 222 kerusi dalam Parlimen, dan berjaya menafikan majoriti dua per tiga kerusi yang dipegang Barisan Nasional sejak kemerdekaan. Pakatan ini juga berjaya membentuk kerajaan negeri di Pulau Pinang, Kedah, Kelantan, Perak (sehingga Januari 2009) dan Selangor.



ideologi x sama???

Ketiga-tiga parti politik utama - PKR, PAS dan DAP - yang bergabung dalam Pakatan Rakyat mempunyai ideologi politik yang berbeza dengan DAP yang lebih ke arah sekularisme kepada PAS dengan konsep Negara Islam. PKR pula dilihat sebagai penghubung kepada kedua-dua parti PAS dan DAP.

Bagaimanapun, pemerhati berpendapat, berbeza dengan PAS dan DAP yang mempunyai ideologi yang jelas dan ahli parti yang memahami perjuangan parti masing-masing, PKR menghadapi masalah dalam menentukan ideologi teras. Ini berdasarkan kepada latar belakang pemimpin dan ahli PKR yang terdiri dari pelbagai pandangan politik daripada mereka yang berfahaman pro-pasaran bebas (kapitalisme) kepada golongan sosialis.


Contohnya, Agenda Ekonomi Malaysia yang mahu diperjuangkan oleh PKR nampak seperti menyokong perjanjian perdagangan bebas termasuk liberalisasi industri kewangan dan telekomunikasi negara. Tetapi di dalam PKR sendiri terdapat pemimpin dan ahli yang datang dari organisasi bukan kerajaan yang bersifat anti-kapitalis. Ahli Parlimen PKR seperti Charles Anthony Santiago (Klang dan bertanding atas tiket DAP) adalah aktivis kritikal terhadap globalisasi dan pasaran bebas sementara Dr Jeyakumar Devaraj adalah seorang sosialis (Sungai Siput)


Negara ISlam??

Kenyataan-kenyataan pemimpin Pakatan Rakyat mengenai negara Islam dalam media sama ada media arus perdana atau media alternatif lain menampakkan pandangan yang bercanggah. Pengerusi Kebangsaan DAP Karpal Singh misalnya amat menentang negara Islam yang diperjuangkan oleh PAS. PAS pula tidak boleh berkompromi dalam hal negara Islam kerana pengikutnya mendakwa objektif untuk menegakkan negara Islam terkandung dalam Fasal 5 Perlembagaan PAS..

pendaftaran parti??

Tidak seperti BN yang telah didaftarkan sebagai sebuah parti dengan pelbagai parti komponen di dalamnya, Pakatan Rakyat masih belum didaftarkan sebagai sebuah pertubuhan. Hal ini telah menjadi buah mulut di kalangan penyokong BN yang melabelkan Pakatan Rakyat sebagai "Pakatan Haram". Di antara cabaran utama mendaftarkan Pakatan Rakyat ialah menetapkan satu matlamat yang dapat dipersetujui oleh semua pihak. DAP tidak mahu dilihat Islamik, manakala PAS pula tidak mahu dilihat sebagai sekular.



Maka gesaan untuk mendaftar Pakatan Rakyat telah diabaikan oleh pemimpin-pemimpin utama parti-parti tersebut. Di antara cabaran yang lain pula ialah untuk menentukan pembentukan jawatan kuasa Pakatan Rakyat. Kesemua parti tidak mahu dilihat berada pada kedudukan yang kurang dari lain. Hal ini akan memberikan persepsi yang tidak menyenangkan dikalangan penyokong parti-parti komponen. Sama ada Pakatan Rakyat akan terus menjadi pertubuhan tidak berdaftar terus menjadi tanda tanya.


Pakatan Rakyat telah mengemuka permohonan pendaftarannya kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada 2010 namun menghadapi halangan ROS yang mengkehendaki ianya didaftar sebagai ‘Pakatan Rakyat Malaysia’.


Tujuan aku memberikan analisis bukannya bermaksud aku menyokong atau menentang mana2 parti. Kita as a Mahasiswa sepatutnya perlu tahu berkenaan isu politik dalam negara. Tunjang utama sesebuah negara adalah politik. Andai runtuh politik runtuh negara. Mungkin ideologi xsama xbermaksud kita berbeza. Kdg2 aku rasa bodoh bila tgk penyokong2 mana2 parti bergaduh sesama parti masing2 mengatakan dorang lagi better especially dlm blog2, fb dan jugak dikedai2 kopi adehh... Yang pemimpin rileks jer ok time jupe kat Parlimen walaupun berlainan ideologi. Seseorang pernah berkata padaku POLITIK ITU SUKAR NAK CARI YANG BERSIH..bagi aku ada benarnya juga...



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...