Followers

Tuesday, February 8, 2011

REVOLUSI MESIR..KESEDARAN UNTUK PEMIMPIN NEGARA LAIN..

Revolusi rakyat di Tunisia merebak ke Mesir. Pelajar di Mesir yang begitu ramai di sana bagaimana? Hosni Mubarak yang berusia 82 tahun telah memerintah Mesir begitu lama. Walaupun setiap kali pilihanraya Presiden dibuat beliaulah yang menang, tetapi hakikatnya ia tidak menggambarkan hasrat sebenar dan realiti rakyat.



Rakyat meluat dengan pemerintah yang hanya tahu menggunakan kuasa untuk mengumpulkan kekayaan negara untuk diri dan keluarga sendiri. Sabar rakyat ada hadnya. Air di empangan walaupun kelihatan lemah mengalir tetapi apabila sampai klimaksnya boleh memecahkan dinding empangan yang tebal itu.



Dikhabarkan keluarga Hosni Mubarak telah melarikan diri ke London dengan jet peribadi dengan membawa 97 beg besar. Bila pemimpin negara jatuh, terbongkarlah segala aktiviti rasuah, penyelewengan dan harta peribadi yang dikumpul sepanjang pemerintahan. Mereka bukan menjadi negarawan tetapi lagak bangsawan yang meratah wang.


Petikan dari agensi berita lain :

“Keluarga itu dikatakan menginap di rumah agam enam tingkat milik mereka bernilai £8.5 juta (RM41 juta) berdekatan pusat beli-belah terkemuka Harrods di Knightsbridge, barat London. Khabar angin turut bertiup kencang bahawa Mubarak dan isterinya, Suzanne, 69, bercadang ke London.

Pengendali bagasi penerbangan Mesir di Lapangan Terbang Antarabangsa Heathrow berkata Wanita Pertama negara itu, turut dilihat tiba di London.



Mubarak dikatakan mempunyai aset £25 bilion (RM120 bilion) sejak berkuasa pada 1981. Suzanne, Gamal dan anak sulung Mubarak, Alaa, 49, menjadi simbol kekayaan dan rasuah di Mesir. Suzanne turut digelar Marie Antoinette kerana bersikap umpama ratu yang dipancung di zaman revolusi Perancis.

Lihat! Kalau ini benar maka inilah sebesar pengkhianatan pemimpin terhadap amanah memerintah negara. Sesiapa yang pernah pergi ke Mesir boleh melihat bagaimana rakyat Mesir yang menjadi buruh kasar membina bangunan itu kadang-kadang berdebu seluruh tubuhnya hanya kerana mencari rezeki secebis roti.



Presiden yang kononnya sentiasa menang dalam pilihanraya Presiden itu menjadi ‘pewaris’ kepada Firaun dan Qarun. Pemimpin di dunia lain termasuk bekas pemimpin dan pemimpin di Malaysia Timur dan Malaysia Barat tidak mahu belajar apa-apa dari kebangkitan rakyat di Tunisia dan Mesir itu?


Sepatutnya itu yang patut kita perhatikan apa yang berlaku didalam negara kita. SPRM juga dilihat perlu lebih fokus dan tidak memilih bulu jika ada aduan pemimpin yang terlibat dengan korupsi. Lihat sahaja mungkin media arus perdana national mampu menutup segala kejelikan tetapi apa yang benar seharusnya perlu ditegakkan.

Kita selalu berkata soal Integriti tapi melalui pengalaman banyak lagi yang perlu diperbetulkan khususnya penjawat awam. Soal rasuah dan pemilikan bukan satu yang main-main. Apa yang berlaku di Mesir seharusnya menjadi iktibar yang utama kepada PEMIMPIN NEGARA dahulu sebelum kepada rakyat.

MENJADI PEMIMPIN BUKAN SENANG, ANDA BOLEH JADI SEORANG YANG SANGAT DIPUJA DAN DI AGUNGKAN DALAM SATU MASA, DAN DALAM MASA YANG SAMA ANDA JUGA BOLEH DIBENCI DAN DIHINA.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...