Followers

Thursday, February 17, 2011

Kesempurnaan Dia..Bukan Hak Kamu..









Utk post kali ini..aku nak berbicara pasal kesempurnaan..Bila menganalisis kes2 penceraian di Malaysia..banyak juga alasan2 pasangan mengatakan sebab penceraian adalah kerana si pasangan masing2 kurang sempurna..Apa definasi sempurna?? Perlukah merubah diri ini semata2 utk menjadi kesempurnaan dlm diri org lain sedangkan dlm hati tersiksa.. Bagi yg couple..same jgk..yg jd alasan utk putus..sbb.."Eh dia xde ape yg aku nak..." so putus jela kan..
Entahlah..ak pn xpenah menda2 ni..tapi ak mmg tertarik dgn bab kesempurnaan ni..Sebab semua org mmg nak benda yg cantik2,lawa2,kacak2..walaupun kesempurnaan juga hakikatnya adalah subjektif. Aku nak bawa korang satu kisah..pasal kesempurnaan ini..

Seorang isteri telah mengatakan kepada suaminya untuk melakukan list tentang keburukan masing2. Si isteri tertarik dengan cara ini yang beliau dapat melalui majalah, iaitu cara2 utk meningkatkan persefahaman dlm hubungan mereka. Mereka sedar hubungan mereka ada pasang surutnya. Ada masa mereka bergaduh, bertengkar namun mereka tetap bersama jua. Mereka mengakui saling mencintai namun hubungan mereka saban hari tetap dingin. Si isteri tertarik dgn cara itu dan memberitahu suaminya utk membuatkan list tentang keburukan dirinya dan dia pula akan membuat list akan keburukan suaminya. Dengan list tersebut mereka dapat memperbaiki kelemahan masing2 dan dpt memperbaiki hubungan mereka.

Esoknya..mereka berjumpa..

Isteri: Abg..sy akn mulakan membaca senarai ni..sy hrp abg..dpt dgr kelemahan abg selama syg mengenali abg..

1. Abg tak romantik.

2. Abg jarang bg bunga kat syg.

3. Abg tak ucap selamat pagi..atau malam.

4. Abg tak pandai ambil hati saya.

5. Abg sentiasa lebihkan emak abg.

6. Abg jarang bawa syg pergi jalan2.

7. Abg sentiasa sibuk dengan kerja abg.

Si suami mula mengalirkan air mata..menutup mukanya..

Isteri: Abg..maafkan syg…syg nak abg tahu..Syg amat menyayangi abg..

Kalau abg xnak dgr..syg berhenti…

Suami: Syg…teruskan..abg tahu silap abg…(airmata si suami mula mengalir)

Si isteri menyambung membaca senarai tersebut..(dlm keadaan serba salah)

8. Abg tak pernah ucap syg kat sy.

9. Abg selalu balik lambat.

10. Abg tak cuba faham perasaan sy.

11.

Abg…Si isteri terus membaca senarai senarai tersebut..hampir 360 senarai semuanya.(banyak gila)

360. Abg xpandai pujuk syg.

Isteri: Abg..syg da beritahu semua kelemahan abg..sekarang abg pula bagi tahu kelemahan syg.

Suami mula membuka dan senarai list tersebut. Airmata lelaki jernih mengalir dari kolam matanya.

Suami: Syg…maafkan abg.. Abg tak dapat menulis satu pun kelemahan syg..Bagi abg..syg adalah wanita terbaik bagi abg..

Si Suami menunjukkan kertas tersebut..kosong dan putih. Si isteri tidak dapat menahan air matanya mengalir. Dia sangat terharu..air matanya mengalir laju..

Suami: Syg..Syg adalah wanita terbaik bg abg..Abg mungkin jarang ucap syg sebab abg selalu menyayangi syg. Abg jarang bagi bunga, sebab syg adalah bunga bagi abg..(sambil menangis)..Abg terlalu syg kat syg..Maafkan abg atas kekurangan abg..Abg sedar kekurangan Abg dihari syg abg ambil jadi permaisuri rumah kita ini lagi…Tapi bagi Abg..Abg tak pernah melihat kekurangan syg di mata abg..Abg terlalu menyintai mu syg..

Si Isteri terus menangis dan mencium tangan si suami..Si isteri sedar akan betapa badai yang melanda bukan sebab kekurangan pasangan..tetapi kekurangan itulah yg menjadi pencipta kesempurnaan dlm kehidupan mereka.

So, kesimpulanya…jgn terlalu mencari kesempurnaan dlm diri org lain..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...