Followers

Wednesday, February 23, 2011

Bangunan Yg tidak pernah rosak..org di dlmnya selamat..


Salam bloggers semua.. agak busy ckit 2/3 menjak ini sebab de test..tapi itu xmenyebabkan aku meninggalkan blog yg aku cintai ni haha..pening2 membaca akta2 (ak bdak law)..teringat aku satu kisah yg ada bangunan yg xpernah rosak..sesapa tinggal dlm tu sgt2 selamat..
Apa bangunan yang tak pernah rosak tu?? Serius aku nk g...

Diriwayatkan seorang raja berhasil membangunkan kota dengan segala keperluannya yang cukup megah. Kemudian raja itu mengundang rakyatnya untuk berpesta ria menyaksikan kota itu. Pada setiap pintu, penjaga diperintahkan untuk menanyai setiap pengunjung adakah cela dan kekurangan kota yang dibangunnya itu.
Hampir seluruh orang yang ditanyai tidak ada cacat dan celanya. Tetapi ada sebahagian pengunjung yang menjawabnya bahawa kota itu mengandungi dua cacat celanya. Sesuai dengan perintah raja, mereka ditahan untuk dihadapkan kepada raja.


"Apa lagi cacat dan cela kota ini?" tanya raja.
"Kota itu akan rosak dan pemiliknya akan mati." Jawab orang itu. Tanya raja, "Apakah ada kota yang tidak akan rosak dan pemiliknya tidak akan mati?"
"Ada. Bangunan yang tidak boleh rosak selamanya dan pemiliknya tidak akan mati." Jawab mereka.
"Segera katakan apakah itu." Desak raja.
"Syurga dan Allah pemiliknya," jawabnya tegas.


Mendengar cerita tentang syurga dan segala keindahannya itu, sang raja menjadi tertarik dan merinduinya. Apa lagi ketika mereka menceritakan tentang keadaan neraka dan azabnya bagi manusia yang sombong dan ingin menandingi Tuhan. Ketika mereka mengajak raja kembali ke jalan Allah, raja itu pun ikhlas mengikutinya. Ditinggalkan segala kemegahan kerajaannya dan jadilah ia hamba yang taat dan beribadah kepada Allah.

2 comments:

Misa_amani said...

wow!amazing.....

http://belogblur.blogspot.com/2011/02/nilai-letaknya-lelaki-dalam-hati.html

Deeinalee said...

Subhanallah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...