Followers

Saturday, September 20, 2008

mencintai dan dicintai...

Cinta ni adalah anugerah Allah yg jelas menunjukkan kebesaran dan kekuasaan Allah terhadap hambanya. Allah sebagai pencipta makhluknya tahu apa yg perlu dan kemahuan hambanya.
Masakan Adam A.S masih merasa sunyi ketika diri dihinngapi kemewahan dan segalanya yang menarik dalam syurga. Itulah Allah menciptakan Hawa... As same as all the human being, kita tetap sukar melawan fitrah perasaan untuk disayangi dan dicintai..Sesuai dgn fitrah itu Allah telah mengaturkan setiap orang ada pasangannya.. Namun kuasa cinta ni lebih hebat dari badai lautan samudera yang bisa merubah alam... Orang bisa berubah kerana cinta.. Sanggup wat ape saje asal dpt tarik perhatian si dia... Dalam konteks pelajar ni pulak...sy merasakan tiada keterbatasan untuk bercinta asal ia mampu dikawal..namun mmg...Cinta ni mmg suatu wadah yg berat untuk dipikul..ia merupakan suatu proses yg panjang untk sama mengenali dan menghayati agar konteks cinta sebenar dapat dipupuk.. Namun kehendak fikiran sentiasa mengatasi hati..Beratnya cinta jadi memberatkan bila tak mampu nk menghadapi consequence of love, sedih kecewa dan cemburu.. Pengalaman hidup ni... bila x diterima ni umpama dilanggar lori 70000tan pada waktu malam yg gelap.......huiss.....
Itulah cinta ni yg layak bagi orang yang mampu jer........

Erm.......perasaan... xtau nk citer, pelikAN..... BILA da dpn mata cam rse xnk jupe.....tapi bila da jauh baru tercari2.... Erm actually nk berbicara benda ni sampai kiamat pun xhabis, coz mmg isu cinta ni menjajah 80% dalam hidup manusia, xcaye? try tgk sejarah cane kerajaan besar jatuh sebab cemburu, cane ada kota istana besar utk permaisuri.......canee lagu2 dan music2 suma berbicara pasal cinta yang xsudah2........terdetik org selalu bilang bercinta utk lebih mendekatkan diri dgn Tuhan.......Tapi cane??? How???? Sukar utk menafikan cinta hari ini bebas dari debu2 hawa nafsu...... everything depends on your eyes and your hearts.....

Ermm.....as long kita sume dpt pasangan yg mmapu bimbing kita ke jalan sempurna....ada pun mengharapkan agar hadir permaisuri Seindah Khadijah, penyejuk di mata, penawar di hati, Permaisuri Solehah dimanakah mu, datanglah ulitkan hilangkan resah dan gelisah kekosongan hati yg sengaja menyambut hadirmu....Seandainya ak tiada peluang utk itu....Hamparkan dirinya dengan Teman yg mampu membimbingnya kedalam kehidupan hakiki.....

Kerana ak masih mengharap sisa utk kupertahankan perasaan ini......AMIN..

Tuesday, September 16, 2008

Agama dalam Perpaduan

Apakah maksudnya 16 september ini... Tarikh pembentukan Malaysia.. Namun ada cuti ke tiada bukan masalah...ada cuti 31 ogos pun orang xbleh nk memahami makna kemerdekaan,.. namun jelas bukan suatu yang utama yang digagaskan oleh kroni -kroni pembangkang sekadar menyentuh isu-isu lapuk yang telah berlaku..Namun itulah bijaknya pembangkang dalam persediaan membentuk kerajaan baru...16 september banyak maknanya untuk rakan2 di Malaysia Timur...itulah tarikh sebenarnya mereka bebas dan merdeka.. Inilah masalahnya kerajaan nak menghasilkan produk perpaduan bukan hanya dengan membuat slogan, nyanyian, bendera, dan bukan juga sekadar ceramah tapi sebenarnya lebih dari itu....Perpaduan merupakan suatu proses yang telah diterapkan arca oleh kolonisme sejak dahulu lagi... Masalah untuk membentuk perpaduan bukanlah isu entang kerana jatuh bangun sebuah negara banyak bergantung kapada keupayaan untuk membentuk perpadaduan... Malaysia bukannya negara tidak mengamalkan perpaduan namun acuannya masih tidak sempurna... sesetengah isu seperti penangkapan exco Selangor melalui ISA jelas menunjukkan kerapuhan institusi perpaduan dalam negara.. Pihak pembangkan pula galak memainkan isu dan kredibiliti kerajaan masih disanggah..

Sebenarnya jika ingin membicarakan erti perpaduan sebenar merupakan suatu isu yang tidak akan pernah padam..sejarah telah menunjukkan bagaimana isu perkauman juga menjadi wahana mulut sehingga terpisahnya Singapura dari Malaysia...Namun asas sebenarnya sebuah negara adalah melalui agamanya... Namun inilah aspek penting yang sering digagalkan oleh pihak2 yang mengamalkan sekularisme. Agama dan kehidupan tidak akan pernah lari dari kehidupan. saya melihat dari sudut bagaimana Islam itu sendiri pembawakannya amatlah universal...Ad`Din.. Namun itulah yang menjadi masalah apabila pembawakan melalui agama ini sering kali terhenti dan tersekat kerana masalah yang dilahirkan oleh manusia itu sendiri...

Di Turki wujud dua golongan besar seperti sekularisme dan anti-sekularisme. masalah seperti isu pendidikan dan pemakaian tudung umpamanya telah menampakkan kelompangan institusi sebuah negara apabila asasnya bukan agama. malah banyak lagi negara lain yang jelas juga berlaku perkara ini... Bukanya saya pro pembangkan cumanya merasa apa yang dibawa oleh PAS merupakan suatu adunan yang menarik andainya diadun dengan baik... Negara yang berasaskan agama jika ditarbiyah dengan baik dan tersusun lengkap dengan undang-undang berasaskan Al-Quran dan As-Sunnah mampu melahirkan banyak daulah. Kegemilangan empayar Islam pasti bernaung kembali sebelum seluruh manusia sedar dan mengerti sebenarnaya kebenaran

Tuesday, September 9, 2008

Tsunami politic........



As we look the currently situation that have happened today in Malaysia.. we will think what is going on. .hahaha….as among students nowadays just become as observer of what have situation that has happened… The situation is mostly about our political system that has no direction… The largest winning of the opposition team that is DAP, PAS and PKR have shown the big signal to the government leader to proof that they can still and will remain their power in the best seat in the country..

They called it is the `Tsunami Politik`…. For me it is really ridiculous as we can look the voters nowadays can analyze what is the best for them and also what is really they want..

The government has show many weak problem for the example in corruption, misuse of power and bureaucracy that is really in the terrible conditions.

The largest reformation that occur on 1998, has opened the eyes of the people that we must concern what have happened in our political system that is very weak mostly in the certain part and particular aspect for the example in the rights. The chronology start when our ex deputy prime minister Dato` Seri Anwar Ibrahim.. have been accused by the such ridiculous charge under the sodomy with the many name that I don`t want to mention as it are a lot…

The FRU that trying to stop the people that joined the assembly from Masjid Negara, the crying of the women when their husband that have been arrested, the bawling of the children, the angry of the lawyers, the people that have talked about that case in the shop is the situation that actually have teaches me about the importance of the politic to all the people…yes once you enter the politic forever that you can not run from the cruel of the evil world…

As a scrap of the million students in Malaysia… The AUKU has actually prevent the rights of the people to exercise their ideological and idea in the politic.. What is the reasonable…for us to give the level of 21 years to vote in the general election if they have no opportunity to involve in the political condition and situation.. it is should become as the best platform to interact the students mostly about the political situation that has happened nowadays….. No wonder why the statistic has shown that the youngster in the General Election do not want to vote in the general election…they should know… and should have the opportunity to know who is their leader..

Forever and ever the awareness about our political situations are very important that is why it can change in many ways…For the last..to change the Government is very easy matter…… But to remain it is very difficult for them..

Sunday, September 7, 2008

Sayangnya Allah padamu Wanita....

apa yg diperkatakan olehku ini mungkin sudah dari sahabat membacanya cuma ingin kutitipkan ini sekadar untuk pengisian untuk wanita,puteri...betapa benar amat Allah amat menyayangimu..
letakmu bukan dikaki, bukan jua dikepala..tapi dihati untuk dikasihi...
kau umpama ratu...
mengelisahkaan hati2...
meruntunkan jiwa2...
kau kekal penyejuk mata...
menenangkan dikala waktu susah...
namun, sayang kau...
lembutmu xbererti kau mudah dijual beli...
lembutmu bukan sekadar hiasan...
bukan jua kebanggaan...
kehadiranmu melengkap segenap se gundah meruntun jiwa...masakan Adam sering sunyi walau berada di mahligai Syurga..kerana kau begitu...istimewa...

kau x seperti lelaki...
Betapa beratnya menjadi seorang lelaki,
1. Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh
manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.
2. Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.
3. Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggong-jawab keatas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, menakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat
kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya.
4. Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak.
Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini.
Banyak lagi... .laki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu
tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggongnya sepert gunung dengan semut. Itu sebab nya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang
daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung. Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugrah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan.
Begitulah kira-kiranya.

Wanita
1 - wanita auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.
2 - wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.
3 - wanita saksinya kurang berbanding lelaki.
4 - wanita menerima pusaka kurang dari lelaki.
5 - wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
6 - wanita wajib taat kpd suaminya.
7 - talak terletak di tgn suami dan bukan isteri.
8 - wanita kurang dlm beribadat kerana masalah haid dan nifas yg tak ada pada lelaki. Pernahkah kita lihat sebaliknya??
Benda yg mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yg tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah sepah bukan? Itulah bandingannya dgn seorg wanita.

Wanita perlu taat kpd suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankahibu adalah seorang wanita?Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya utk menyara isteri dan anak anak.Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan
seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini: Isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya. Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki
ini: suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya. Seorg lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala org pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

Inilah hebatnya wanita.....so, janganlah hanya kau seperti hiasan berharga kau peragakan dirimu semurah...kerana peribadi mu telah sedia lembut.. Biar akalmu senipis helaian rambut...kau kuatkan dengan Ilmu....biar hatimu serapuh kaca kau mampu menampung dengan seraut iman...Wanita yang baik...disisimu akan ada suami yang baik.......

menangislah...

air mata.....
Tangisan dapat memadamkan api Neraka "Rasulullah saw bersabda : Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan terkotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan di rahmati. Tidaklah ada sesuatupun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka."

Air mata taubat Nabi Adam a.s Beliau menangis! selama 300 tahun tanpa mendongak ke langit tersangat takut dan hibanya terhadap dosa yang telah ia lakukan.Dia bersujud di atas gunung dan air matanya mengalir di jurang Serandip.

Dari air matanya itulah Allah telah menumbuhkan pohon kayu manis dan pohon bunga cengkih.Beberapaekor burung telah meminum akan air mata Adam lalu berkata, "Manis sungguh air ini." Nabi Adam terdengar lalu menyangka burung itu mempersendakannya lalu ia memperhebatkan tangisannya.

Lalu Allah mendengar dan menerima taubat Adam dan mewahyukan,

"Hai Adam sesungguhnya belum Aku pernah menciptakan air lebih
lazat daripada air mata taubat mu!."

inilah airmata...cecair jernih...mengalir..bersama..mencuci segenap dosa...kiranya andai mampu membayar dosa...relaku menangis...

azabnya meninggalkan solat...

Dalam sebuah hadis menerangkan bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda : "Barangsiapa yang mengabaikan solat secara berjemaah maka Allah S.W.T akan mengenakan 12 tindakan yang merbahaya ke atasnya. Tiga darinya akan dirasainya semasa di dunia ini antaranya :-

· Allah S.W.T akan menghilangkan berkat dari usahanya dan begitu juga terhadap rezekinya.
· Allah S.W.T mencabut nur orang-orang mukmin daripadanya.
· Dia akan dibenci oleh orang-orang yang beriman.

Tiga macam bahaya adalah ketika dia hendak mati, antaranya :

· Ruh dicabut ketika dia di dalam keadaan yang sangat haus walaupun ia telah meminum seluruh air laut.
· Dia akan merasa yang amat pedih ketika ruh dicabut keluar.
· Dia akan dirisaukan akan hilang imannya.

Tiga macam bahaya yang akan dihadapinya ketika berada di dalam kubur, antaranya :-

· Dia akan merasa susah terhadap pertanyaan malaikat mungkar dan nakir yang sangat menggerunkan.
· Kuburnya akan menjadi cukup gelap.
· Kuburnya akan menghimpit sehingga semua tulang rusuknya berkumpul (seperti jari bertemu jari).

Tiga lagi azab nanti di hari kiamat, antaranya :

· Hisab ke atsanya menjadi sangat berat.
· Allah S.W.T sangat murka kepadanya.
· Allah S.W.T akan menyiksanya dengan api neraka.


Namun, kemanisan solat itu terasa amat sukar untuk dirasai..umpama seorang kekasih yang xberperasaan...xmerasa..sungguh pun dalam cinta yang sebenarnya...
biarkan diri berbicara....tenggelam dalam lautan dosa...namun daun pintu taubat sentiasa terbuka..menguak kebebasan..Ya Rabbi... Andainya kau takdirkan...aku mati..biarkan kekasihku masih dan amat mencintai ku....Imanku..
Ringannya kita dengan solat begitulah ringannya juga kita menghadap yang Maha Esa kelak...

Assalamualaikum....

My First Step....
Perjalanan kehidupan bermula...
Dengan nama kebebasan bersuara aku mulai langkah dalam menitip dibibir dunia..

Ihya ya RamaDhan..
dalam menjalani ibadah puasa ni...bukan sekadar hendak berbicara cuma hendakku..menasihati sahabat dan diri.. puasa, puasa, puasa, semua org puasa.. namun setakat mane pengabdian diri sebenarnya.. Org slalu ckp..alah tahun depan ad agi... ye ade agi tapi sure ke kte ade...
andainya mampu kite realise...setiap saat..dlm Ramadhan amat bermakna..
sebagai mana pun kemanisan ni xmampu xdirasai...

namun sanggupkah..sepinggir Ramadhan yg masih ada..kite biarkan berlalu..
istiqamah....satu masalah yg kian melarat umpama kanser yg melampau dlm kalangan semua hati..ibadat...time kecewa, frust ,sakit, lapar,...plastik betul.. umumnya kat pelajar..bile da kat rumah...nk g masjid pun susah...kaki cam berat jer nk melangkah..rapuhnya iman...ye mmg sukar nk mencari sahabat seperti sahabat Rasullulah...
Sabar...point ku yg kedua...
sabar ada 3 macam
1.sabar dlm melaksanakan ibadat
2.sabar dlm menahan hawa nafsu
3.sabar dlm menghadapi dugaan

Keindahan ramdhan.. keindahan malam...
Panglima perang tentera Islam Salhudin Al-Ayubi pernah menahan askarnya yg pergi berperang kerana tidak menghidupkan malam.. Kehebatan..yg biasanya sukar untuk ditetapkan
semoga Ramadhan ni lebih hebat dan bermakna dari Ramadhan yg dahulu..
Wasalam..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...