Followers

Monday, February 21, 2011

Anak kecil Lebih Takutkan Neraka..




Kisah ini aku pernah terbaca mase kecil2 dulu..time2 skolah rendah..citer dier simple jer..tapi amat mendalam maksudnya..Pasal anak2 kecil..sejujurnya bila tgk kanak2 ni..rase sayu jer..mereka ni ibarat kain yg putih bersih..perlu diwarnakan dgn sebaiknya..kehadiran mereka dlm satu2 family amat bermakna..gelak tawa, keletah manja, kenakalan mereka, pertanyaan mereka tentang itu dan ini..semuanya amat indah..Kanak2 kecil memang indah..

Kisah bermula..

Gambar Hiasan>>>>>>>>>>

Dalam sebuah riwayat menyatakan bahawa ada seorang lelaki tua sedang berjalan-jalan di tepi sungai, sedang dia berjalan-jalan dia terpandang seorang anak kecil sedang mengambil wudhu' sambil menangis.

Apabila orang tua itu melihat anak kecil tadi menangis, dia pun berkata, "Wahai anak kecil kenapa kamu menangis?"

Maka berkata anak kecil itu, "Wahai pakcik saya telah membaca ayat al-Qur'an sehingga sampai kepada ayat yang berbunyi, "Yaa ayyuhal ladziina aamanuu quu anfusakum" yang bermaksud, " Wahai orang-orang yang beriman, jagalah olehmu sekalian akan dirimu." Saya menangis sebab saya takut akan dimasukkan ke dalam api neraka."

Berkata orang tua itu, "Wahai anak, janganlah kamu takut, sesungguhnya kamu terpelihara dan kamu tidak akan dimasukkan ke dalm api neraka."

Berkata anak kecil itu, "Wahai pakcik, pakcik adalah orang yang berakal, tidakkah pakcik lihat kalau orang menyalakan api maka yang pertama sekali yang mereka akan letakkan ialah ranting-ranting kayu yang kecil dahulu kemudian baru mereka letakkan yang besar. Jadi tentulah saya yang kecil ini akan dibakar dahulu sebelum dibakar orang dewasa."

Berkata orang tua itu, sambil menangis, "Sesungguh anak kecil ini lebih takut kepada neraka daripada orang yang dewasa maka bagaimanakah keadaan kami nanti?" Tersentuh dgr cerita ni..smoga dapat pgjaran..

4 comments:

Cik Yana said...

Bagus-bagus entry kat belog ni ye :)

ilmu said...

Pernah dgr gak dulu cter ni, Kalau x silap orang tua tersebut adalah Nabi Zakaria, ye ke x? wallahua`lam..

Tuan Anisdina said...

Bagus..

Hanna Adzhar said...

Betuul, sebab budak-budak masih suci lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...