Followers

Thursday, September 1, 2011

Pejuang V Penderhaka : Mat Sabu



Ahmad adalah seorang kanak2 lelaki yg biasa. Jiwa kecil ini tidak matang dan masih banyak lagi yg dia tidak tahu. Pagi itu sungguh indah, ibunya mengatakan hari itu hari raya.Hatinya spt kanak2 lain girang menyambut hari raya.Selesai solat sunat hari raya, hatinya girang utk menyambut bersama teman2 lain..tiba2 anak kecil ini terdengar dentuman kuat, melihat api menyala2..manusia bertempiaran lari,cebisan2 daging berselerakan di dada jalan..Dia tidak mengerti, kaku tidak bersuara..kegirangan,gelak tawa sekejap Cuma tadi hilang. Hanya debu2 dan asap menemani matanya..Airmata lantas mengalir..ibunya terbujur kaku dijalanan bersama beberapa manusia lain..dahulu dia pernah melihata ayahnya spt itu..hatinya kental tiada linangan airmata lagi…- INI KISAH BENAR-


Pakistan, pagi satu syawal, 2011. Sebuah bom meletup berhampiran masjid slpas slat sunat hari raya. Beberapa org terkorban termasuk kanak2 dan wanita. Tiada pihak yg mengatakan bertanggungjwb. Ini hanya secebis kisah dari ratusan kisah sepi dan sedih melanda mereka. Kita? Pernah kita meletakkan walau sesaat diri kita di tempat mereka? Inilah nikmat keamanan dan kemerdekaan yg kita kecapi. Sehingga dlm hidup kita tiada masa utk kita menangis. Nikmat ini sungguh besar jua kurnianya kepada kita. Terbaru isu yg timbul peristiwa bukit Kepong. Banyak pihak terguris hati dgn pandangan Mat Sabu dlm hal ini. Tidak aku menafikan golongan melayu yg berjuang dlm usaha kemerdekaan dari gollongan kiri juga antara yg menyumbang, namun tidak tercatit dlm sejarah arca sejarah kita nama mereka.

Namun bukan itu alasan kita utk memalitkan bahwa pejuang yg bersama British bukan seorang pejuang. Tidak semudah itu Mat Sabu. Mereka tetap digelar pejuang. Tunku Abdul Rahman bersama tokoh yg lain berusaha utk mewujudkan Negara ini. Mereka tetap memerah keringat berjuang sama ada sebelum atau selepas merdeka. Ya mereka tetap pejuang!


Mungkin, pejuang dari golongan kiri jua sama inginn menuntut kemerdekaan namun utk menidakkan jasa spt Pahlawan Bukit Kepong memang sesuatu yg tidak dpt diterima.Jgn terlalu leka berpolitik, berkata-kata jgn lupa, terlajak perahu bollehkan undur terlajak kata tak mungkinkan undur. Benar, mempertahankan kemerdekaan jauh lebih sukar dari mendapatkan kemerdekaan. Mungkin Mat Sabu tersilap langkah, cuba membetulkan benang yg basah. Jgnlah kerna bedaan politik jasa seseorang itu dibuang terus. Walau kita berbeda ideology politik, kita mesti tetap sama, pertahankan kemerdekaan, kerana hanya itu kunci kpd sebuah keamanan- Selamat Hari Merdeka, Malaysia.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...