Followers

Saturday, August 25, 2012

Jauh ramdhan pergi..

Ramadhan sudah lama berlabuh. Saban tahun dan masa yang kita dengar adalah, semoga kita berjumpa lagi ramadhan akan datang. Semoga,semoga,semoga,semoga, entah berapa lagi semoga mahu kita hitung. Namun tiap kali dtgnya ramadhan, xpernah berubah. Seolah sama sahaja ramadhan. Malah ada yang lebih teruk. Semalam yang berlalu tak akan kunjung tiba lagi. Soalnya, ke mana hati sarat dosa ini mahu menanti? Menunggu datang ramadhan lagi sekali?
Tika ramadhan mula-mula berkunjung, salam ramadhan disambut meriah tikar-tikar sejadah terbentang luas, surau-surau kecil seakan bernyawa bercahaya, seusia ramadhan seminggu, semangat seakan menguncup. Bukan aku seorang, bukan kamu, malah setiap orang yang pernah bernafas dan bernyawa pernah merasa seperti ini. Lalu diukirkan puisi bait2 cinta menanti ramadhan dtg berkunjung lagi. Harus apa? Tika dia muncul lagi kau xpeduli, biarkan dosa berat bernanah, luka di balut arca sedih.
Sayembara, ak bukan pencinta lagu puisi ingin kutulis bait kata rindu pada ramadhan yg telah pergi. Yg telah berlabuh biarlah berlalu, Usah dititip kata, “AKU MAHU TUNGGU RAMADHAN LAGI SEKALI” baru mahu berubah. Andai mahu, bergeraklah sekarang,..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...