Followers

Sunday, February 27, 2011

Aku Rela Masuk Neraka....




Salam...kali ini sy nk kongsi cerita lagi pasal neraka..tapi kisah seorang ahli ibadah yang sanggup masuk neraka..

Nabi Musa AS suatu hari sedang berjalan-jalan melihat keadaan ummatnya. Nabi Musa AS melihat seseorang sedang beribadah. Umur orang itu lebih dari 500 tahun. Orang itu adalah seorang yang ahli ibadah. Nabi Musa AS kemudian menyapa dan mendekatinya. Setelah berbicara sejenak ahli ibadah itu bertanya kepada Nabi Musa AS, Wahai Musa AS aku telah beribadah kepada Allah SWT selama 350 tahun tanpa melakukan perbuatan dosa.


Di manakah Allah SWT akan meletakkanku di Syurga-Nya?. Tolong sampaikan pertanyaanku ini kepada Allah. Nabi Musa AS mengabulkan permintaan orang itu. Nabi Musa AS kemudian bermunajat memohon kepada Allah SWT agar Allah SWT memberitahukan kepadanya di mana ummatnya ini akan ditempatkan di akhirat kelak. Allah SWT berfirman, "Wahai Musa (AS) sampaikanlah kepadanya bahwa Aku akan meletakkannya di dasar Neraka-Ku yang paling dalam". Nabi Musa AS kemudian mengabarkan kepada orang tersebut apa yang telah difirmankan Allah SWT kepadanya. Ahli ibadah itu terkejut.

Dengan perasaan sedih ia beranjak dari hadapan Nabi Musa AS. Malamnya ahli ibadah itu terus berfikir mengenai keadaan dirinya. Ia juga mulai terfikir bagai mana dengan keadaan saudara-saudaranya, temannya, dan orang lain yang mereka baru beribadah selama 200 tahun, 300 tahun, dan mereka yang belum beribadah sebanyak dirinya, di mana lagi tempat mereka kelak di akhirat. Keesokan harinya ia menjumpai Nabi Musa AS kembali. Ia kemudian berkata kepada Nabi Musa AS, "Wahai Musa AS, aku rela Allah SWT memasukkan aku ke dalam Neraka-Nya, akan tetapi aku meminta satu permohonan.

Aku mohon agar setelah tubuhku ini dimasukkan ke dalam Neraka maka jadikanlah tubuhku ini sebesar-besarnya sehingga seluruh pintu Neraka tertutup oleh tubuhku jadi tidak akan ada seorang pun akan masuk ke dalamnya". Nabi Musa AS menyampaikan permohonan orang itu kepada Allah SWT. Setelah mendengar apa yang disampaikan oleh Nabi Musa AS maka Allah SWT berfirman, "Wahai Musa (AS) sampaikanlah kepada ummatmu itu bahwa sekarang Aku akan menempatkannya di Surga-Ku yang paling tinggi".
Semoga menjadi pengajaran kepada kita.

4 comments:

naqiah said...

salam.. just nak gtau koment buat pop-up kat setting...


article ni memang sgt bagus.. hurm.. ntah mane tempat sy nanti.. :(

Ridzuan Ariffin said...

assalamualaikum...sahabat lama. nak tau ape pengajaran cerita tu? kesimpulannya, walau sebanyak manapun kita beribadat, kita tidak akan dapat masuk syurga Allah hanya dengan ibadat kita. Yang membolehkan kita masuk syurga adalah rahmat Allah s.w.t

kedua, kita perlu ada fikir sepertimana fikir rasulullah s.a.w. Hingga saat kematian baginda fikir tentang ummat. Bagaimana ummatnya dapat masuk syurga dan terhindar drpd neraka. Jadi, kita sebagai "ummatan wahidah" perlu ada fikir seperti fikir baginda s.a.w.

Cuba compare kisah Musa a.s. masa Firaun kejar dia samapai ke laut. Musa a.s kata kpd pengikutnya"Jangan takut, Allah bersama aku".
Tapi masa kafir Quraish kejar Nabi s.a.w dan Abu Bakr semasa hijrah ke Madinah, Nabi s.a.w kata pada Abu Bakr." Jangan takut, Allah bersama kita".
Ini disebabkan Abu Bakr sendiri adalah seorang Da'i, yg mengajak manusia pada Allah.
Wallahua'lam.

Bnyk lg pengajaran lain...klu nk tau lg insyaAllah aku bleh try bgtau.

Duta said...

ridzuan..thanks atas nasihat..smoga dpt terus bg nasihat pdku wahai sahabat...

rynn's ;) said...

salam . trima kasih atas ingatan bersama . mohon share (:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...