Followers

Saturday, February 12, 2011

Remaja Hina Solat...




Sebelum aku start apa2..korang tgk video ni dulu..dlm internet berlambak video tentang penghinaan terhadap agama Islam ni..






Video ni ade jer kat youtube..lame ke x aku xpasti..

Sebelum apa2..aku taw perkara ini amat sensitif. Firstly, jangan dikutuk mereka dlm video ini. Mereka maybe xpaham tentang sensitiviti soal ini. Cuma yang aku mahu tonjolkan disini adalah diri kita sendiri. Sebanyak mana kita memahamkan mereka tentang agama kita. Analogi yang aku berikan cukup mudah. Kita semua umpama sebuah balang air yang kosong..kita masukkan air setitis demi setitis hingga penuh..andai kita terleka ia melimpah..andai kita malas atau sudah letih dalam memasukkan air itu kita tak akan memasukkanya penuh. Begitulah juga diumpamakan usaha kita untuk memahamkan agama dlm diri kita dan dlm diri org lain.


Benar, mula2 aku tgk video ni macam nak bunuh jer budak2 ni. Tapi apa pengajaran yg kita dpt? Dgn saling caci mencaci, hina menghina..semua saling tak memahami agama..Yang membunuh dan dibunuh tak akan selesai. Masalah umat Islam kita sendiri banyak yang perlu diperbetulkan. Contoh dalam video ini berkenaan solat. Mudah jer soalan ni..berapa ramai umat MELAYU ISLAM yang tinggalkan solat..tapi bila tengok video2 spt ni..merekalah cepat naik angin. Andai ini dijadikan barisan hadapan untuk menyelamatkan akidah kita. Barisan ini pasti tumbang.


Kita kdg2 gah berbicara pasal pointer, kereta mewah, kerja, ayah mak aku kaya oiiii..aku pergi europe, aku makan kat.....bayar RM 600 satu kepala.mcm2 lagi lah tapi bila bicara soal mati Sume sunyi tunduk xberani bangun dah.Yela dah matikan menda lagi kan.. Mayat mana boleh makan makanan mahal, mayat mana boleh pergi melancong eropah lagi, mayat mana yang boleh bawak Ferrari..MAYAT MANA???????????????????




Kita gah bicara pasal nak bangunkan itu,ini,nak buat bangunan lebar besor tinggi,panjang,..tapi..kita sendiri...... Aku tulis utk kesedaran sendiri jgk..Kdg2 kita leka..bila tgk video camni kita nak memberontak marah..tapi kita perlu baiki diri kita dahulu..Yang utama agama barulah..yang lain2 menyusul..


Benar..aku tahu ramai marah bila tgk video ni..AKU PUN..Konklusinya mudah..kita perbaikki diri kita dahulu..Mereka mungkin xpaham pasal agama dan tugas kita utk memberikan kefahaman kepada mereka. Semoga Allah memberi hidayah kpd mereka dan juga kpd kita jua..

5 comments:

Unknown said...

teruskan berkarya faiz..:)

PurpleOked said...

Astaghfirullah.. Sedih bila agama kita dipermainkan.Tapi betul kata faiz, kita tak boleh nak hukum mereka, mereka mmg x faham pun. Kawan2 saya di office pun sntiasa persoalkan tntng islam. Xpe, sy jelaskan mana yg sy mmpu. tapi diorang agak pelik, kerana banyak sngt larangan. Kadang2 macm nak mrh juga, tp xpe. saya fikir semula, satu masa nanti mereka akan tahu agama mana yang benar dan lurus....

Unknown said...

Siapa kata kita tak boleh hukum mereka? Kita hanya mempertahankan agama kita . Kalau mereka tidak faham bole buat main agama orang , macam mana dengan kita? Aku tak faham agama diorang , aku nak buat main - main ah. Bole? Dan mereka akan hanya berdoa tetapi tidak ambil apa2 tindakan pada aku , jadi buatpa aku takut .

Cuba fahamkan ayat aku di atas..

Tiny Sams said...

rasa2 ni bukan remaja islam.. mungkin agama lain.. orang islam takkan hina agama sendiri..

Anonymous said...

kejadian ini dilakukan di sebuah rmh ibadat (bukan masjid) di salah sebuah negeri di sebelah timur malaysia.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...