
Salam..hehe..pelik2.. Kentut boleh jadi suatu kesalahan. Pelik juga badan legislative negara ini, mungkin sebab terlalu banyak fikir undang2 kentut pun nak digubal. Bagi aku in term of law..banyak lagi undang2 yg penting yg perlu utk digubal contoh kerakyatan,kesihatan,kewangan, yg lebih utama utk rakyat la..
Penggubal undang-undang Malawi dilaporkan akan membahaskan  sebuah undang-undang baru pada minggu hadapan kerana kesalahan kentut di  khalayak ramai.menurut AFP, Parti Progresif Demokrat Party  berusaha untuk meminda undang-undang anti pencemaran yang pertama kali  diperkenalkan pada 1929, tetapi belum pernah dikuatkuasa oleh pihak  berkuasa untuk keadaan 'perut kembung'.

Undang-undang menyatakan: 
"Sesiapa  yang sengaja merosakkan suasana di mana-mana tempat sehingga ia menjadi  beracun bagi kesihatan orang ramai di tempat kediaman atau kawasan  perniagaan atau kawasan kejiranan atau melintas laluan awam, akan  didapati bersalah kerana perbuatan salah laku."Menteri Perundangan dan hal ehwal perlembagaan, George Chaponda memberitahu Capital Radio: 
"Kerajaan mempunyai hak memastikan kesopanan awam. Kami berhak memperkenalkan peraturan di negara ini.
"Adakah  anda mahu melihat rakyat negara ini kentut di khalayak ramai di  mana-mana saja? Ia tidak berlaku pada zaman pemerintah diktator kerana  orang ramai takutkan akibatnya. Kini disebabkan oleh multipartism atau  kebebasan, rakyat boleh berkentut di mana saja."
Dia menambah bahawa "ia (kentut) boleh dikawal" dan rakyat "sepatutnya pergi ke tandas, bukannya kentut di khalayak ramai".Peguam Anthony Kamanga tidak bersetuju dengan tafsiran  Chaponda tentang undang-undang 1929, kerana fasa undang-undang tersebut  hanya berkaitan dengan pencemaran udara ( sedangkan kentut tidak  mencemarkan udara)