Salam..lame xmenulis almaklumlah exam..sume masing2 busy..semalam aku tgk berita..hampir 5 minit berita pasal pemimpin politik pembangkang. Apa lagi kalo bukan kes liwat dan video seks tuh. Panas betul tengok berita. Cara pengolahan dan pemberitahuan mmg nampak sgt seperti dah salah walhal kes masih dalam perbicaraan. Kes video tu pulak masih dalam siasatan. ini ade pulak kate nak sumpah menyumpah.Aduh..senangnya. Yg pelik lagi menakjubkan kalo dah ada dalam video tu sekali kenapa xlarang org nk buat jahat. Polemik politik yg tak berkesudahan.
Sepatutnya pemimpin politik sekrang boleh menilai sebab mengapa kurang undi keatas mereka. Trend politik sekarang banyak bergantung pada isu. Kesan yg berlaku ini pastinya akan memberi kesan besar pada tahun mendatang. Bayangkan 20 tahun mendatang nak jatuhkan karier ssorang yg lain senang jer dgn tuduhan seks. Aku yakin nanti ygk berita time tu myb setiap hari ade jer kes skandal seks. Cuba berfikiran matang wahai politikus. Malah cara tuduhan zina juga jauh dari cara yg di anjurkan dalam Islam.
Kadang aku tgk org politik ini lagi xmatang dari kanak2. Pakai songkok tinggi pakai kot gah berkata2 tapi banyaknye kosong. Entah apa jadi tahun mendatang kalau isu ini dibiarkan. Rakyat juga yg merana. Kalian sedar x penyebaran video ini bukan sahaja diketahui di Malaysia malah satu dunia. Myb ramai yg xsedar sebab ingat kehidupan ini setakat didunia, ramai yg lupa kita masih ada kehidupan diakhirat. Wassalam..
No comments:
Post a Comment