Salam..saban tahun hampir sama isu yang berlegar dalam arena politik Negara-negara antarabangsa tidak terkecuali Malaysia adalah isu bahan api dan tenaga. Berdasarkan harga petroleum dan gas dunia peningkatan setiap tahun telah memberikan kesan langsung kepada seluruh masyarakat. Kerajaan dikhabarkan berbelanja besar semata-mata untuk menampung subsidi untuk RAKYAT. Malah pernah juga melihat slogan, BN= Barang Naik, dan lain-lain lagi slogan dari pihak pembangkang ketika musim pilihanraya. Namun isu ini perlulah dilihat secara menyeluruh bukan semata-mata melihat pada kaca mata politik masing-masing. Kerajaan juga perlu telus dalam hal ini.
Suatu cadangan untuk mengurangkan subsidi juga perlulah melibatkan syarikat-syarikat besar dan bukan terus kepada rakyat. Malah kerajaan juga SEHARUSNYA memotong perbelanjaan yang dilihat tidak perlu dan tidak utama. Contohnya perbelanjaan untuk mengadakan pesta, sambutan tertentu perlulah dikurangkan perbelanjaan kerana sy kira sambutan sebegini tidak menyeluruh terkesan pada keseluruhan rakyat, suatu contoh yang mudah contoh mengadakan Sambutan Rumah Terbuka Hari Raya di PWTC KL. Rakyat yang berada dipelosok hujung dan hulu negeri lain tidak berkesempatan untuk pergi sekadar melihat berita di televisyen saban tahun. Bukan cadangan menghapus sambutan tetapi mengadakan dlm bersederhana tidak perlulah melibatkan kos yg tinggi.
Begitu jua bila seorang ahli Parlimen Kerajaan meminta supaya dinilai kembali Program PLKN yang juga melibatkan kos yang tinggi. Bukan cadangan menghapuskan Cuma mengadakan dlm bentuk skala yang tidak melibatkan kos yang tinggi. Benar jua pendapat itu. Tidak dinafikan PLKN memberi faedah kepada rakyat namun ia perlu juga dinilai untuk keutamaan yg utama kpd rakyat dahulu. Benar kita sudah terdidik dengan subsidi, namun subsidi juga keutamaan utk rakyat. Cuba bayangkan utk sejenak, di suatu tempat diadakan acara besar dan kos yang tinggi namun di sebuah kampung kecil ada beberapa anak petani tidak mampu ke sekolah, ibu tua yang berjalan jauh menghantar anak ke sekolah, seorang bapa membanting tulang di sawah, bukankah subsidi itu jua antara sinar harapan mereka? “Rakyat di dahulukan, Pencapaian di Utamakan” perlulah menyerap keseluruh lingkungan rakyat bukan kenikmatan dinikmati oleh golongan tertentu sahaja. Jadi, seharusnya sebelum menetapkan utk menaikkan harga bahan utama ini perlulah mengambil kira pandangan rakyat. Toleransi antara rakyat dan kerajaan dpt mewujudkan hubungan yang utuh dan sesebuah kerajaan mampu bertahan lama.
No comments:
Post a Comment