Salam...pernah dgr perkataan xkenal maka xcinta??.. Mana mungkin xberhubung bercakap dan berkomunikasi boleh bisa dtg hadirnya cinta..Apa faktor kuasa cinta? Faktor pengikatnya?
Faktor kuasa cinta adalah KOMUNIKASI. Tidak ada lain lagi selain komunikasilah yang
menentukan turun naiknya kuasa cinta. Kerana itu orang yang sentiasa berkomunikasi akan lebih mesra, akan terlahirnya cinta.
Allah menjadikan perasaan cinta sesama manusia agar manusia memahami cinta dan faktor kuasa cinta. Komunikasilah sentiasa dengan Allah kerana komunikasi merupakan faktor kuasa cinta.Lebih banyak komunikasi, lebih hangat cinta kepada Allah. Lebih hebat cinta kepada
Allah. Lebih mendalam cinta kepada Allah.Dengan komunikasi, jiwa lebih tenteram kerana cinta tidak dihalang. Komunikasi dengan Allah lebih menenangkan jiwa kerana segala masalah dikongsi dan diluahkan kepada Yang Tersayang iaitu Allah.
Ingatlah bahawa TIDAK ADA SELAIN ALLAH YANG DAPAT MEMBAHAGIAKAN DIRI
KITA. Komunikasilah sentiasa dengan Allah kerana segala-galanya tidak akan berlaku tanpa izin Allah.Komunikasilah dengan Allah apa saja yang difikirkan, dilihat, didengar dan dilakukan.
Sentiasa Ingat dan Sebut Nama Allah.
No comments:
Post a Comment