Followers
Wednesday, July 27, 2011
Anders Behring Breivik, Tragedi Norway..
Pada tanggal 22hb July 2011 dunia dikejutkan dgn pembunuhan beramai-ramai hanya oleh seorang manusia biasa. Anders Behring Breivik, telah membunuh 92 orang yang kebanyakkannya remaja. sebelum kejadian beliau telah menghantar 1500 email dgn tujuan mengakui ingin melakukan pembunuhan itu. beliau telah merancang utk melakukan pembunuhan itu hampir 2 tahun sblum itu. Motif pembunuhannya adalah disebabkan dgn niat ingin menyelamatkan dunia barat dan eropah dari apa yang digelar penjajahan Islam. Agak tidak berbaloi. Beliau seringkali mengatakan bahawa golongan muslim semakin ramai di eropah dan ini seharusnya dihapuskan.
Apa yg menarik, beliau mengakui pembunuhan bila disoal tapi TIDAK MENGAKU BERSALAH, kerana mengatakan perbuatanya adalah suatu keadaan yg necessity, untuk membunuh bagi menunjukkan kepada dunia bahawa Islam sudah semakin menjajah. Beliau melakukan pembunuhan dgn menembak dgn terang-terangan terhadap remaja yg sedang berada di kem, ada yg bersembunyi dibalik batu, terjun ke sungai dan ramai yg tidak mampu melarikan diri. Beliau juga dilaporkan menggunakan bom dan semua tindakan ini dirancang dgn begitu baik.
Malah bapanya yg ditemu bual mengakui malu dgn tindakan anaknya dan mengatakan lebih baik dia yg membunuh diri dari membunuh org lain."I feel pain and shame — and I will have to live with that until the end of my days," Malah peguambela tertuduh juga teragak-agak mahu membelanya kerana tekanan dari antarabangsa atas kekejaman penjenayah ini. So, bagi aku sebenarnya golongan spt Breivik mmg ada yg wujud dieropah, golongan anti immigran ini memang merasa tidak selesa dgn kehadiran org lain, lebih2 lagi muslim. Sentimen Islamophobia mmg sentiasa ada di Barat. Malah ada juga segolongan yg menyokong tindakan gila beliau dan menganggap wira. Semoga kejadian ini menjadi iktibar.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment