Salam..siapa tidak kenal dgn A.Samad Said..bapa sasterawan negara. Sajak Peludah Warna dikatakan kontroversi kerana menyokong Bersih 2.0 Bagi aku, tidak salahnya utk dia menulis, dari kaca mata penanya sendiri..bila di amati bait-bait ayat dalam sajak ini..benar2 mempunyai susunan kata yg tersendiri dan punya makna, selain dpt dinilai dari perspektif berbeza..ayat yang paling terkesan adalah..kerana nikmat amat lama berkuasa, kuasa pun seolah menjadi hartanya..
Peludah Warna
Kuasa gusar kini menggelegak murka;
warna kuning diisytihar racun terbisa.
Diragutnya baju-T segeram tenaga
dan diumum itulah busana bahaya.
Tapi, kita jahit semula perca kain,
menjadikannya panji terindah dan tulen.
Warna kuning yang teramat tenang dan syahdu
kita kembalikan damai ke dalam qalbu.
Kini cahaya mentari mungkin diramas
dan sinar kuningnya juga mungkin dicantas.
Memanglah mereka kini peludah warna
sedang menghimpun lendir kahak sebanyaknya.
Kerana nikmat amat lama berkuasa,
kuasa pun seolah menjadi hartanya.
1. 7. 11. A. SAMAD SAID
3 comments:
hmmm puisi yg nice
kata2 lebih tajam dari pedang
best...
Post a Comment