Followers

Monday, August 1, 2011

buat bakal isteriku..


Salam, kepada bakal isteriku, daku hanya seorang lelaki, hamba pada Tuhan, anak pada kedua ibubapaku.. Setelah aku menerimamu ketika akad..engkau adalah amanahku, Amanah dari orang tuamu dan tentulah lebih besar adalah amanah dari Tuhan jua.. Aku bukanlah insan hebat, insan yang perlu kau puja khabar pada sejuta dunia, sekadar dedaun kering yang diam bisu terbang melayang ditiup angin..



Berat benar tanggungjawabku padamu, bukan semudah lafaz akad..kuatkah aku menasihatimu tentang sesuatu, kuatkah aku mengajarimu tentang agama, mampukah aku selalu menjadi pembimbingmu..terpampang sebentang onak dan duri yang bakal kita harungi..semuanya xsemudah mengucap 3 patah kata..aku perlu menjadi pembimbingmu,..perluku persiap segalanya sebelum menjadi nakhhoda bahtera perkahwinan ini.. bukan ini sekadar untuk sebulan,setahun..namun utk selamanya..



Kepada Adam, Hawa bukanlah insan utk kamu puja setinggi langit, memuja setinggi alam..bukan jua kamu merendahkannya dibawah..terciptaannya dari rusukmu..dekat dibahu utk dilindung, dekatnya jua dihati utk dikasihi..kerna mereka perhiasan dunia yg cukup indah..

3 comments:

missjana said...

wau..dah nak kawen?tersentuh lak bace..:)

sukasuki said...

sweet.

Duta said...

lmbt lg kawin..haha cuma tgk rmai da nk kawin..rse mcm besar jer tgjwb as suami dan ayah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...