Followers

Friday, March 25, 2011

Surat cinta utk bintang..



Aku cinta pada bintang,bulan,mentari dan pelangi..

Salam semua….tiba2 mlm ni aku nk post psal cinta ini..ini yg aku tulis jujur dari hatiku ini..terbaik punya dari ladang. Jujur aku sgt suka elemen benda bukan hidup menjadi subjek utk yg hidup.

Aku jatuh cinta padamu bintang, aku ingat aku akan selalu dpt melihatmu..rupanya kamu hilang tika matahari terbit, aku cinta pada mu bulan, tapi rupanya rupamu jua selalu berubah, Aku cinta padamu mentari, rupanya kamu hilang tika senja kala menjelma, Aku cinta padamu pelangi,rupanya kamu hanya hadir sekejap. Bila aku jatuh cinta..aku rasa kamu sudah yang terbaik, namun aku silap..kamu sama seperti bintang, sama spt bulan sama spt mentari, sama spt pelangi..kamu jua sama..

Aku ingat cinta kamu suci, rupanya kamu jua spt bintang..kdg2 kamu beercahaya kdg2 kamu malap, Aku ingat cintamu lebih indah dari mentari, namun kau sama sahaja mentari, menerangi namun kau juga memebakar hati rapuh ini, Ketika ini, suria sinar bersinar lagi, ketawa padaku. Aku perasan. Seumpama seisi dunia jua sama..Aku pulang lagi tanpa cinta..berlabuh sepi di pelabuhan senja, berharap esok aku berlayar lagi. Aku titip senyuman pada mentari,bintang,bulan dan pelangi. Apa jawapan hendak kuberi pada hati dirumah sepi. Hati yg sering bertanya. Semoga esok aku dtg khabar berita gembira pada hati.

Salam kepada bintang,bulan,mentarii dan pelangi..terima kasih mengajar daku maksud cinta. Semoga suatu hari aku beroleh yg terbaik dari kamu semua.

5 comments:

anasyahna said...

suke post ni.. ^__^ kdng2 yg kite suke akn kite anggp sbgai cnte,, tp hakikatnya itu hanyalah bayangan di dalam air, bila dicmpak satu batu maka bayang itu pn hilang..

Duta said...

kdg2 kita menyukai perkara yg kita tdk nampak..

shamyheart said...

phewit.. haha~

puitis jugak.

zieyra sulley said...

singgah follow, follow saye juge
zieyrasulley.blogspot.com/2011/03/effect-umur-meningkat.html

niij said...

hoho best la....cinta yg abadi tetap kpd Allah =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...