Followers

Sunday, July 31, 2011

Alasan sebab Puasa???..

Salam..Salam Ramadhan juga kepada semua.. Banyak orang memohon meminta agar dipertemukan semula dgn Ramadhan dan berharap Ramadhan kali ini lebih baik dari yang dahulu..Tapi kita ni manusia, mmg khilaf..bila ada kita selalu sia-siakan..banyak perkara yg menjadikan ramdhan ini sgt istimewa.. Tp itu bukan tajuk utamanya disini..aku ingin berbicara tentang alasan puasa yg selalu kita berikan..bila tiba time Puasa ni..


Alasan Pertama..
Kuat Tidur..kalo kita tgk, org yg tdo ni..mcm xnk da bangun..mcm da mati da kot..gempa bumi 9.8 richter pun konfem xbangun..bila tanye..bior la dia..penat kot puasa..hmmm
Mamat Hensem:Ala rileks r bro..gua nk tdo pagi2 ni nnt mlm gua nk qiam bro..gua nk tdo puas2...kalo gempa bumi pun jgn kejut gua taw...Bila lg gua nk tdo best2..time bulan pose ni r..lgpn xde bley nk wat ape pun..nk mkn xley..kaco awek xley..lebih baik gua tdo kan..



Alasan kedua..
Boros berbelanja (terutama time nk buka)..membawa ke pembaziran..
Biasala kan..kalo kita tgk..ramai org menjengah ke bazaar Ramadhan, kadang tu tgk perut kecik jer..beli mkanan mcm nk bg makan org satu Kapal haha..
Mamat Hensem :Ala bro ni sebok r..gua kan puasa..time ni la gua nk rse mknan best2...td pnat la bro...time ni la gua nk layan..




Alasan ketiga..
Haa..time kat surau,masjid kg2 atau kat bandor besar pun..kalo malam konfem la penuh kan hendaknya time tarawikh..malam first2 mmg penuh xingat..semua berkobar2 lagi..da dkat tgh2 bulan skit..ke hujung2 mmg best r...saf buleh 2/3 kerat..
Mamat Hensem:Ala bro ni kecos la..tu nasib baik gua pergi time2 awal ramadhan..ala bro biase la..time2 nk hujung ni org sume busy ckit..nk raya katakan..gua nk kerja kuat..nk bg duit raya gempak kat ank buah..nk beli baju raya bior terbeliak mata org kampung gua..





Sebenarnya banyk lagi alasan yg selalu digunakan oleh sebab puasa..tu skit jer..Kpd Abg Mamat Hensem..tq sebab sudi diinterview oleh gua..Semoga kita tidak menjadikan puasa sebagai alasan utk segala macam perkara..Banyak yang boleh diambil dari pengajaran Bulan yg Mulia ini.Amin.

Saturday, July 30, 2011

..............Peludah Warna..............








Salam..siapa tidak kenal dgn A.Samad Said..bapa sasterawan negara. Sajak Peludah Warna dikatakan kontroversi kerana menyokong Bersih 2.0 Bagi aku, tidak salahnya utk dia menulis, dari kaca mata penanya sendiri..bila di amati bait-bait ayat dalam sajak ini..benar2 mempunyai susunan kata yg tersendiri dan punya makna, selain dpt dinilai dari perspektif berbeza..ayat yang paling terkesan adalah..kerana nikmat amat lama berkuasa, kuasa pun seolah menjadi hartanya..






Peludah Warna

Kuasa gusar kini menggelegak murka;
warna kuning diisytihar racun terbisa.
Diragutnya baju-T segeram tenaga
dan diumum itulah busana bahaya.

Tapi, kita jahit semula perca kain,
menjadikannya panji terindah dan tulen.
Warna kuning yang teramat tenang dan syahdu
kita kembalikan damai ke dalam qalbu.

Kini cahaya mentari mungkin diramas
dan sinar kuningnya juga mungkin dicantas.
Memanglah mereka kini peludah warna
sedang menghimpun lendir kahak sebanyaknya.

Kerana nikmat amat lama berkuasa,
kuasa pun seolah menjadi hartanya.

1. 7. 11. A. SAMAD SAID


Thursday, July 28, 2011

Bercinta dgn Tuhan..




Salam...pernah dgr perkataan xkenal maka xcinta??.. Mana mungkin xberhubung bercakap dan berkomunikasi boleh bisa dtg hadirnya cinta..Apa faktor kuasa cinta? Faktor pengikatnya?
Faktor kuasa cinta adalah KOMUNIKASI. Tidak ada lain lagi selain komunikasilah yang
menentukan turun naiknya kuasa cinta. Kerana itu orang yang sentiasa berkomunikasi akan lebih mesra, akan terlahirnya cinta.



Allah menjadikan perasaan cinta sesama manusia agar manusia memahami cinta dan faktor kuasa cinta. Komunikasilah sentiasa dengan Allah kerana komunikasi merupakan faktor kuasa cinta.Lebih banyak komunikasi, lebih hangat cinta kepada Allah. Lebih hebat cinta kepada
Allah. Lebih mendalam cinta kepada Allah.Dengan komunikasi, jiwa lebih tenteram kerana cinta tidak dihalang. Komunikasi dengan Allah lebih menenangkan jiwa kerana segala masalah dikongsi dan diluahkan kepada Yang Tersayang iaitu Allah.



Ingatlah bahawa TIDAK ADA SELAIN ALLAH YANG DAPAT MEMBAHAGIAKAN DIRI
KITA. Komunikasilah sentiasa dengan Allah kerana segala-galanya tidak akan berlaku tanpa izin Allah.Komunikasilah dengan Allah apa saja yang difikirkan, dilihat, didengar dan dilakukan.
Sentiasa Ingat dan Sebut Nama Allah.

Wednesday, July 27, 2011

bertepuk sebelah tangan..??




salam..sekarang ikut arahan ini..lihat kearah kedua belah tapak tangan anda, cuba pukulnya..bunyi x? (eh why berbunyi ni)..buat2 xtahu..itulah yg dinamakan satu tepukan. Sekarang cuba amik pisau atau gergaji, @ dll..hilangkan tangan sebelah..(kalo berani potong la)..dan cube tepuk..ade bunyi x?.. La asal xdgr ape2 pun.. Ini sekadar suatu anologi yg mudah.. bertepuk sebelah tangan mmg satu perkataan yg pendek dan ringkas..maksudnya yg mendalam...



Salahkah bertepuk sebelah tangan? Tiada apa yg salah..manusia mmg diciptakan berbeza..itulah tanda kebesaran Maha Pencipta...tiap org penilaiannya xsama..Sejauh mana manusia mengejar pelangi, sejauh itu jua pelangi pergi, hakikatnya sudah pasti..manusia mmg tidak mampu mengejar pelangi..Ramai org berbicara soal jodoh itu ketentuan Tuhan, namun bila berhadapan dgn takdir selalu menyalahkan Tuhan.. Selalukan kita dgr kes bunuh diri..80% sbb ditinggalkan kekasih@ cinta la senang cerita.. Pernah dgr x..seorang gadis membunuh diri kerana kematian ibunya..xpernahkan..tapi kalo membunuh diri sebab kekasih kita xakan terkejut..ooo patutla dia bunuh diri..kan pelik ini dunia...

So, hari ini kita kasih pada seseorang, kita anggap dia sudah terbaik, mana tahu Allah pisahkan..Allah ganti yg lebih baik..Setiap perancangan kita mmg tdk akan pernah sebaik yg ditentukan Tuhan..


So, bertepuk sebelah tangan xsalah..kalo hari ini kitaa berduka ingat tiada yg kekal, kalo kita duka,duka itu tidak kekal,kalau kita ketawa, ketawa itu tdk kekal,kalau kita menangis, menangis itu tdk kekal, kalau kita marah,marah itu tdk kekal, kalau kita kecewa,kecewa itu jua tdk kekal..sebab kita jua tahu hakikat..dunia itu mmg tdk kekal..Jgn menyalahkan diri andai bertepuk sebelah tangan..suatu hari nanti Tuhan pasti hadirkan satu tapak tangan utk tepukan itu berbunyi..

Anders Behring Breivik, Tragedi Norway..




Pada tanggal 22hb July 2011 dunia dikejutkan dgn pembunuhan beramai-ramai hanya oleh seorang manusia biasa. Anders Behring Breivik, telah membunuh 92 orang yang kebanyakkannya remaja. sebelum kejadian beliau telah menghantar 1500 email dgn tujuan mengakui ingin melakukan pembunuhan itu. beliau telah merancang utk melakukan pembunuhan itu hampir 2 tahun sblum itu. Motif pembunuhannya adalah disebabkan dgn niat ingin menyelamatkan dunia barat dan eropah dari apa yang digelar penjajahan Islam. Agak tidak berbaloi. Beliau seringkali mengatakan bahawa golongan muslim semakin ramai di eropah dan ini seharusnya dihapuskan.



Apa yg menarik, beliau mengakui pembunuhan bila disoal tapi TIDAK MENGAKU BERSALAH, kerana mengatakan perbuatanya adalah suatu keadaan yg necessity, untuk membunuh bagi menunjukkan kepada dunia bahawa Islam sudah semakin menjajah. Beliau melakukan pembunuhan dgn menembak dgn terang-terangan terhadap remaja yg sedang berada di kem, ada yg bersembunyi dibalik batu, terjun ke sungai dan ramai yg tidak mampu melarikan diri. Beliau juga dilaporkan menggunakan bom dan semua tindakan ini dirancang dgn begitu baik.



Malah bapanya yg ditemu bual mengakui malu dgn tindakan anaknya dan mengatakan lebih baik dia yg membunuh diri dari membunuh org lain."I feel pain and shame — and I will have to live with that until the end of my days," Malah peguambela tertuduh juga teragak-agak mahu membelanya kerana tekanan dari antarabangsa atas kekejaman penjenayah ini. So, bagi aku sebenarnya golongan spt Breivik mmg ada yg wujud dieropah, golongan anti immigran ini memang merasa tidak selesa dgn kehadiran org lain, lebih2 lagi muslim. Sentimen Islamophobia mmg sentiasa ada di Barat. Malah ada juga segolongan yg menyokong tindakan gila beliau dan menganggap wira. Semoga kejadian ini menjadi iktibar.

Sunday, July 3, 2011

Bicara Cinta Syurga..






Salam..saat ini kutitipkan pena mengunkapkan keindahan. Banyak benar orang bicara tentang keindahanmu wahai syurga. Saat itu aku jua sama seperti mereka. Melabuhkan rindu dan kasih sayangku padamu namun kecil benar jaminan untuk daku berikan tika kukutip sisa amal pada usia yang semakin menipis. Ramai benar orang bicara tentang betapa keindahan,kecantikan dan keayuanmu syurga. Aku banyak meminta, mengharap, menanti..bukan aku berjuang untuk mendapatkanmu. Kadang-kadang aku terjatuh pada lubang nafsu terduduk seketika jauh untuk bangun kembali.

Engkau jua makhluk Tuhan, sama sepertiku. Mahu jua aku ungkap sejuta rasa kasih dan cintaku padamu syurga. Dosa-dosa silam menerjah benakku. Mematahkan keinginan berjuang mendapatkanmu. Aku jua sama seperti mereka. Pernah merasa jatuh,tersungkur,rebah, kadang mendaki,bangun dan berjalan lagi. Aku cinta padamu syurga, cinta benar. Rindu padamu sungguh dalam tak mampu utk kuungkapkan. Cinta ini bukan cinta biasa andai syurga yg dimiliki.

Jam 2.45 pagi, pena itu berhenti menulis. Sudah berakhir ungkapan cinta utk syurga. Bukan hari ini malah untuk selamanya. Hati itu benar ingin bicara dgn syurga lagi. Bicara seperti seorang pemuda yg amat kerinduan pada gadis yg dicintainya. Namun, takdir sudah ada. Bicara ini sudah berakhir saat langkah melangkah jauh pergi. Biarkan pena bertemu syurga itu, kerinduan seorang hamba pada TuhanNya..syurga kekasih dicintainya destinasinya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...