Followers

Sunday, July 3, 2011

Bicara Cinta Syurga..






Salam..saat ini kutitipkan pena mengunkapkan keindahan. Banyak benar orang bicara tentang keindahanmu wahai syurga. Saat itu aku jua sama seperti mereka. Melabuhkan rindu dan kasih sayangku padamu namun kecil benar jaminan untuk daku berikan tika kukutip sisa amal pada usia yang semakin menipis. Ramai benar orang bicara tentang betapa keindahan,kecantikan dan keayuanmu syurga. Aku banyak meminta, mengharap, menanti..bukan aku berjuang untuk mendapatkanmu. Kadang-kadang aku terjatuh pada lubang nafsu terduduk seketika jauh untuk bangun kembali.

Engkau jua makhluk Tuhan, sama sepertiku. Mahu jua aku ungkap sejuta rasa kasih dan cintaku padamu syurga. Dosa-dosa silam menerjah benakku. Mematahkan keinginan berjuang mendapatkanmu. Aku jua sama seperti mereka. Pernah merasa jatuh,tersungkur,rebah, kadang mendaki,bangun dan berjalan lagi. Aku cinta padamu syurga, cinta benar. Rindu padamu sungguh dalam tak mampu utk kuungkapkan. Cinta ini bukan cinta biasa andai syurga yg dimiliki.

Jam 2.45 pagi, pena itu berhenti menulis. Sudah berakhir ungkapan cinta utk syurga. Bukan hari ini malah untuk selamanya. Hati itu benar ingin bicara dgn syurga lagi. Bicara seperti seorang pemuda yg amat kerinduan pada gadis yg dicintainya. Namun, takdir sudah ada. Bicara ini sudah berakhir saat langkah melangkah jauh pergi. Biarkan pena bertemu syurga itu, kerinduan seorang hamba pada TuhanNya..syurga kekasih dicintainya destinasinya..

2 comments:

SHaRKFiQ SSM said...

Assalamualaikum..

sudah lama hamba tidak berbicara dengan tuan pena.. bgaiamana keadaan tuan pena sekarang??
sihat??

Duta said...

hamba terlampau sihat sekarang..berat bertambah mendadak haha..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...